Thursday, January 17, 2008

Masalah Gigi dan Gusi Berdarah

Kehamilan membawa banyak perubahan pada diri seorang wanita dan gigi adalah anggota yang tidak terkecuali dari mengalami perubahan tersebut.Ketika hamil, ibu kerap menghadapi masalah gigi dan juga gusi berdarah.

Sebabnya sewaktu hamil gusi menjadi lebih sensitif, sentuhan kepada gusi ketika memberus gigi sekalipun boleh menyebabkan gusi berdarah. Peningkatan hormon estrogen sewaktu kehamilan adalah adalah antara penyebab gusi yang di dalamnya terdapat pembuluh darah lebih mudah bengkak. Sewaktu bersentuhan dengan benda asing seperti ketika menggosok gigi, gusi akan lebih mudah berdarah dan dijangkiti kuman.

Selain itu rasa mual dan muntah di pagi hari yang meningkatkan tahap keasidan mulut juga mampu menyumbang masah gigi dan gusi berdarah.Gangguan ini menyebabkan ada ibu hamil yang membataskan rutin membersihkan rongga mulut hingga menyebabkan gigi tidak dijaga dengan baik.

Perlu diakui tanpa gangguan sakit gigi sekalipun ibu hamil sudah cukup menderita dengan segala perubahan yang terjadi pada tubuhnya. Jadi seboleh mungkin ibu hamil mencegah diri dari menghadapi masalah ini.

CEGAH MASALAH GUSI

Selain mendapatkan rawatan daripada doktor gigi, ibu hamil boleh menjaga kesihatan gigi dan gusi dengan melakukan rutin ini.

1) Bersihkan Diri Dengan Teratur

Jika perlu gunakan benang gigi setelah selesai makan dan sebelum tidur.Penggunaan ubat kumur yang mengandungi antiseptik juga boleh membantu membersihkan permukaan gigi. Ia mampu meneluarkan sisa makanan dan menghilangkan lapisan plak sekaligus membebaskan kuman secara keseluruhan dari rongga mulut. Selain itu setiap kali muntah, berkumur dan gosoklah gigi.

2) Jaga Pemakanan

Antara lain dengan memastikan pengambilan vitamin B6 dan C yang mencukupi. Kedua vitamin ini membantu menjaga gusi agar tidak mudah berlaku pendarahan. Vitamin B6 boleh diperolehi dari bahan makanan yang berasal dari biji-bijian dan kacang.

Manakala vitamin C boleh diperoleh dengan mengambil buah-buahan berwarna cerah dan segar seperti jambu, betik, oren dan sayuran berwarna hijau. Disamping itu, ibu hamil juga perlu memastikan zat kalsium yang diambil mencukupi. Ia bagi memastikan keadaan gigi sihat dan gusi kuat. Sumber kalsium boleh didapati daripada susu, yogurt, keju, minyak, hati ikan, ikan dan sayuran hijau. Selain itu awasi pengambilan makanan yang manis kerana makanan bergula diketahui dapat menyebabkan kerosakan gigi.

3) Rawatan Gigi

Sekiranya menghadapi masalah gigi seperti gigi berlubang, sebaiknya ibu hamil pergi berjumpa dengan doktor gigi. Namun sebelum doktor melakukan pemeriksaan atau rawatan jelaskan bahawa anda sedang hamil.Keadaan ini untuk mengelakkan tidak melakukan pemeriksaan yang boleh mengganggu kehamilan seperti penggunaan sinar x. Selain itu pemberian ubat pada wanita hamil juga perlu diberi perhatian. Penting diketahui banyak ubat yang tidak dapat diberikan kepada wanita hamil kerana ditakuti memberi kesan buruk terhadap janin yang dikandung.

Sekiranya doktor mengambil tindakan radikal seperti mencabut gigi, ia mungkin dilakukan setelah membuat pertimbangan yang wajar dan matang. Ini kerana ubat bius yang diberikan mampu mempengaruhi kontraksi rahim. Itulah sebabnya doktor tidak akan melakukan tindakan bersifat pembedahan ketika kehamilan terutama pada trimester pertama dan ketiga.

Tuesday, January 15, 2008

Apa itu BLOG?

Blog merupakan ringkasan dari perkataan asalnya, web log. Ia mirip kepada diari harian atau jurnal online yang mengandungi cetusan rasa, pendapat peribadi, perkongsian maklumat atau dalam apa sahaja bentuk penulisan. Blog biasanya sentiasa dikemaskini setiap hari atau setiap masa mengikut kemahuan pemiliknya.
Blog tidak banyak berbeza dengan laman web biasa. Tetapi perbezaan ketara antara keduanya ialah setiap kali bahan penulisan terbaru dimasukkan di dalam blog, yang terbaru akan berada di atas dan artikel / tulisan sebelum itu akan berada di bawahnya. Ini dipanggil Reverse Chronical Order.

Berbeza dengan laman web, blog amat mudah diuruskan. Sesiapa sahaja boleh menggunapakai blog walaupun tanpa pengetahuan teknikal mahupun pengetahuan IT yang tinggi. Walaupun begitu, pemahaman Bahasa Inggeris adalah amat penting sekali kerana setakat ini belum ada lagi blog yang dibangunkan menggunakan Bahasa Malaysia! Namun, anda tetap boleh menulis dalam Bahasa Malaysia!!

Selain itu, setiap tulisan di dalam blog boleh diberi komen oleh para pembaca @ pelawat blog berkenaan. Ciri ini bagaimanapun bergantung kepada kemahuan pemilik blog tersebut samada mahu diadakan atau tidak.

Blog juga biasanya mudah di index oleh enjin pencari @ enjin carian kerana ia sentiasa dikemaskini. Disebabkan ciri inilah blog begitu cepat menjadi popular terutamanya kepada internet marketer dan pemilik perniagaan internet. Ia menjadi alat pemasaran yang amat berkesan disebabkan mudah disenaraikan di enjin pencari.

Ada terdapat banyak laman web menyediakan perkhidmatan blog samada secara percuma atau berbayar. Antara yang popular dan percuma seperti blogger.com, wordpress.com, dan tblog.com.

Blog juga boleh dipasang di laman web. Untuk tujuan ini, anda perlu memasang perisian blog. Ketika ini, perisian Wordpress merupakan perisian blog yang amat popular di kalangan webmaster disebabkan mudah digunapakai mengikut kemahuan sendiri dan mempunyai banyak plug-in yang hebat.

Monday, January 14, 2008

Impian Untuk Hamil - 1

Impian untuk hamil atau mengandung adalah impian bagi setiap pasangan yang mendirikan rumahtangga. Bagi seorang isteri, disahkan mengandung mengundang pelbagai perasaaan: gembira, takut & mungkin bangga bercampur baur.Gembira kerana bakal menimang cahayamata. Takut mungkin kerana pengalaman pertama. Bangga kerana berupaya melahirkan zuriat dari benih suaminya.

Bagi seorang suami, sudah pasti ia merupakan suatu berita yang menggembirakan. Apa tidaknya kerana berjaya membuat isterinya hamil. Bak kata orang, lelaki itu belum terbukti kelakiannya jika ia tidak berjaya membuat isterinya mengandung!

Walau bagaimanapun bukan semua pasangan bertuah. Walaupunn telah bertahun-tahun berkahwin, ada pasangan yang masih belum dikurniakan cahayamata. Mungkin belum rezeki agaknya. Sebenarnya apa jua keadaanya, ini merupakan ujian oleh Allah s.w.t. hakikat hidup itu ialah suatu ujian.

Dikurniakan ramai zuriat juga satu ujian. Malah lebih berat ujiannya kerana anak-anak adalah satu amanah. Adakah kita sebagai ibu bapa dapat menunaikan hak-hak terhadap seoranag anak. Apatah lagi hidup di zaman siber ini. Ada macam-macam dugaan.