Anda dan suami sudah bersedia untuk menimang cahaya mata dan menjadi ibu dan ayah kepada bayi comel, tapi tunggu! Pastikan diri anda berada dalam keadaan optimal dahulu untuk mendapatkan kehamilan yang terbaik. Ada beberapa isu penting yang anda harus buat sebelum melangkah kealam kehamilan.
Makan asid folik
Walaupun anda merasa diri anda sihat dan tidak mengalami sebarang kekurangan zat dan vitamin, anda masih perlu memakan asid folik sekurang-kurangnya 400mcg sehari sekurangkan kurangnya 1 bulan sebelum mengandung. Asid folik, walaupun terdapat dengan banyak dalam makanan dan sayuran seharian, ia mudah rosak apabila semasa proses memasak. Kekurangan asid folik dikaitkan dengan kecacatan saraf seperti spina bifina.
Jangan merokok dan meminum alkohol
Hentikan serta merta sekiranya anda bercadang untuk hamil dalam masa terdekat, banyak penyelidikan yang telah dijalankan menunjukkan merokok dikaitkan dengan bayi yang kecil semasa lahir, bayi pramatang, keguguran dan sebagainya. Ia juga dikaitkan dengan ketidaksuburan dan kekurangan sperma pada lelaki.
Kurangkan minuman berkafin
Terlalu banyak minuman cafin boleh mengurangkan keupayaan usus anda untuk untuk meyerap zat besi dan meninggikan risiko keguguran dan kematian anak dalam rahim. Kurangkan pengambilan secara beransur-ansur dan gantikan ia dengan minuman jus jika anda suka. Walaubagaimanpun anda masih boleh meminum minuman bercafin satu cawan sehari semasa mengandung.
Pastikan berat badan optimal!
Sekiranya anda mempunyai berat badan yang normal, anda lebih senang untuk hamil. Penyelidikan telah menunjukkan meraka yang mempunyai berat badan yang terlalu rendah dan terlalu tinggi lebih sukar untuk hamil. Sekiranya berat badan anda tidak memuaskan, cuba untuk memperbaiki dengan mengurang atau menambahkan berat. Berbincanglah dengan doktor anda cara terbaik untuk menguruska berat badan anda.
Simpan cuma makanan yang sihat sahaja dalam peti sejuk.
Anda tidak perlu makan untuk dua orang, tetapi dengan amalkan memakan buah-buah dan sayuran 4-5 hidangan sehari ia boleh membekalkan nutrient yang anda perlukan sebagai persedian untuk hamil. Makanlah bijiran whole grain, susu, yogurt atau jus yang kaya dengan kalsium. Sekiranya anda pengemar ikan, kurangkan memakan ikan dari jenis jerung, sword fish dan tuna kerana ia mungkin berlebihan dengan kandungan merkuri, bahan yang boleh memberikan kemudaratan kepada bayi anda.
Bersenamlah
Mulalah bersenam secara teratur dan anda akan dihadiahkan dengan badan yang sihat semasa hamil. Tambahan pula, peluh yang keluar boleh mengurangkan tekanan yang boleh menganggu peluang anda untuk hamil. Senamrobik, weight training dan yoga 2-3 kali seminggu boleh menambah stamina anda sekaligus meninggikan peluang anda untuk kehamilan yang sihat.
Jumpa doktor gigi anda!
Jangan sesekali lupakan tentang kesihatan mulut anda. Gigi dan gusi yang terkena jangkitan dikaitkan dengan keguguran dan kelahiran pra-matang. Ada juga penyelidikan mengatakan ia boleh meninggikan risiko pre-eclampsia, sejenis penyakit darah tinggi semasa mengandung. Pastikan anda mendapat kesihatan gusi dan gigi yang optimal kerana perubahan hormon yang berlaku semasa hamil boleh menyebabkan gigi dang gusi anda yang dah tersedia rosak, menjadi semakin teruk semasa hamil.
Pastikan anda tahu sejarah perubatan keluarga anda dengan mendalam.
Sekiranya keluarga anda mempunyai sejarah kelahiran cacat, down syndrome, kelahiran kembar, thalasemia dan sebagainya, pastikan doktor anda diberitahu kerana sekiranya ada, mungkin anda dan pasangan anda perlu untuk menjalani ujian genetik sebelum anda bercadang untuk hamil.
Jumpa doktor anda
Sebelum cuba untuk mengandung, disarankan, anda berjumpa dengan doktor anda untuk beberapa siri ujian dan pemeriksaan untuk memastikan samada badan anda benar-benar bersedia untuk hamil. Ujian antibodi untuk chicken pox dan rubella mungkin akan diambil sekiranya anda belum masih belum dijangkiti. Anda mungkin dinasihatkan untuk mendapatkan immunisasi terhadap jangkitan ini sekiranya ujian antibodi didapati negatif. Sekiranya anda mendapat jangkitan ini semasa hamil, anda boleh mendapat komplikasi yang serius. Sekiranya anda bercadang untuk mengambil vaksin tersebut pastikan anda tidak hamil sekurang kurang untuk sebulan selepas suntikan.
Kira hari anda subur
Mengetahui hari subur anda dengan tepat boleh meninggikan peluang hamil. Bagi mereka yang mempunyai kitaran haid yang normal, anda boleh mengira hari subur anda dengan mengira tarikh ovulasi. Untuk lebih tepat, catatkan suhu badan asas (BBT) setiap pagi dan perhatikan perubahan mukus yang keluar dari faraj. Terdapat juga kit ovulasi di farmasi dan kedai ubat tapi ia mungkin agak mahal.
Hindari dari jangkitan!
Sangat penting untuk anda mengubati segala jenis jangkitan kuman yang ada sebelum hamil terutamanya yang mungkin akan memudaratkan kandungan anda. Jauhkan dari makanan separa masak seperi susi mentah. Makanan sebegini mungkin mengandungi kuman-kuman berbahaya yang boleh memudaratkan bayi anda dan meninggikan risiko untuk keguguran dan kematian anak dalam rahim. Basuh tangan selalu apabila mengendalikan makanan dan pastikan perti sejuk anda berada pada suhu yang optimal untuk mgurangkan pembiakkan kuman pada makanan. Pakailah sarung tangan semasa mengendalikan tanah atau semasa menguruskan najis kucing. Toxoplama yang terdapat dalam tanah dan najis kucing boleh menjangkiti anda dan memberi kesan kepada kandungan anda.
Hindarkan bahaya persekitaran!
Sesetengah kerja boleh memberikan bahaya untuk anda dan bayi. Sekiranya anda secara rutin terdedah kepada bahan kimia dan radiasi, anda perlu membuat sedikit perubahan sebelum mencuba untuk hamil. Perlu diingatkan, sesetengah produk seperti pestisid, alat pencuci dan plumbum dalam air minuman boleh memberi bahaya kepada bayi yabg terbentuk. Berbincang dengan doktor tentang cara terbaik untuk mengatasinya
Dan juga,….fikirkan..adakah anda betul-betul bersedia untuk menimang cahayamata! Menjadi ibu dan bapa merupakan tanggunjawap seumur hidup dan adalah penting untuk anda dan suami bersedia sepenuhnya untuk itu.
Terdapat beberapa kunci pertanyaan untuk diambil kira:
* Adakah anda berdua sudah komited untuk menjadi ibubapa
* Adakah anda sudah terfikir bagaimana untuk menangani tangungjawap menjaga anak dan mengimbangi kerja dan keluarga
* Adakah anda bersedia untuk membuat tabiat lama seperti tidur pada hari ahad, menuntun wayang dan sebagainya
* Adakah anda bersedia untuk mengaji orang gaji atau mencari penjaga untuk menjaga anak sekiranya sekranya anda perlu keluar tanpa bayi.
* Adakah anda sudah bersedia secara emosi, fizikal dan financial. Sekiranya jawapan anda adalah YA…anda sudah bersedia untuk jadi ibu dan bapa.