Tuesday, April 1, 2008

Vena Varikos pada kaki


VENA timbul boleh berlaku pada bahagian muka (kiri) dan kaki sementara vena varikos yang teruk akan menyebabkan salur vena timbul dengan lebih jelas, seperti pada kaki (gambar tengah) di samping menyebabkan ulser kaki.

Pergerakan darah di dalam badan manusia adalah melalui dua saluran iaitu arteri atau saluran nadi yang mengalirkan darah dari jantung ke seluruh badan, dan vena (vein) atau pembuluh darah yang membawa darah dari seluruh badan balik ke jantung.

Aliran darah di dalam arteri mempunyai tekanan kuat dan deras berdasarkan kekuatan degupan jantung seseorang.

Manakala pengaliran darah di dalam vena adalah lebih lemah berdasarkan pergerakan otot-otot anggota badan dan juga otot kecil yang terdapat di dalam dinding vena sendiri.

Apabila seseorang itu berdiri, darah akan berkumpul dengan banyak di bahagian kaki akibat dari kesan tarikan bumi dan tekanan aliran darah yang rendah.

Perjalanan darah di dalam vena menjadi lancar dan tidak berkumpul di kaki melalui pergerakan otot-otot anggota badan.

Selain itu, otot kecil yang terdapat di dalam dinding vena turut mengepam darah kembali ke jantung dan terdapat juga injap-injap di dalam vena yang menghalang darah kembali ke bahagian kaki (mengalir songsang).

Sistem pengaliran darah vena di kaki di bahagi kepada dua iaitu, vena luaran (saphenous vein) yang mengalir di bawah permukaan kulit dan vena dalaman (deep vein) yang mengalir berhampiran tulang dan otot.

Vena varikos (vericose Vein)

Varikos adalah daripada perkataan Latin yang bermakna “berpintal”, yang memberi gambaran vena yang berpintal dan bergelembung.

Varikosa boleh berlaku di beberapa bahagian badan dan diberi nama tertentu seperti ‘oesophageal varices’ jika berlaku di saluran makan, varicocele di dalam zakar dan buasir di dubur.

Vena varikos adalah istilah yang digunakan apabila fenomena ini berlaku di kaki. Pada asasnya vena varikos berpunca daripada peningkatan tekanan darah di dalam vena yang terlalu tinggi. Ini menyebabkan kerosakan pada sistem injap vena dan melemahkan dinding vena hingga menghasilkan vena yang bergelembung dan berpintal.

Pada kebiasaannya, vena varikos berlaku pada sistem vena luaran (saphenous vein) di satu atau kedua-dua belah kaki.

Ia kelihatan seperti gerombolan urat yang membonjol pada sebelah dalam paha dan kaki dari bahagian pangkal paha hingga ke buku lali. Ada juga vena varikos berlaku pada vena kecil di bawah kulit dan ia menyerupai kaki labah-labah berwarna merah atau biru. Ini dipanggil telangectasis.

Punca dan risiko

Punca dan risiko berikut boleh menyebabkan peningkatan tekanan dalam vena:

* Keturunan: Keadaan semulajadi di mana terdapat kekurangan injap atau kelemahan pada injap dan dinding vena.

* Umur: Mengikut kajian, vena varikos kerap berlaku di kalangan umur 40 hingga 49 tahun. Ini mungkin disebabkan kerosakan pada injap dan dinding vena yang berpunca dari pelbagai sebab dalam kehidupan harian.

* Berdiri terlalu lama: Ini berlaku di kalangan mereka yang kerap berdiri terlalu lama seperti tentera dan polis, pekerja kilang, jururawat dan sebagainya.

* Gemuk berlebihan: perut yang buncit menyebabkan halangan pada aliran darah dalam vena ke jantung.

* Kehamilan: Vena varikos berlaku masa kehamilan akibat daripada tekanan rahim yang membesar menghalang aliran darah dalam vena ke jantung, atau kesan daripada hormon estrogen dan progesteron yang melemahkan dinding vena.

* Trauma kecederaan melibatkan vena, terutamanya di kaki.

* Darah beku dalam vena: Ini kerap berlaku di kalangan mereka yang terbaring lama akibat penyakit dan sebagainya.

* Penyakit-penyakit lain yang menyebabkan naiknya tekanan dalam vena. Ini termasuklah penyakit hati seperti cirrhosis, lemah jantung, air dalam perut (ascitis).

Tanda dan simptom

Kebanyakan pengidap vena varikos tidak merasa sebarang masalah walaupun pada kaki mereka terdapat vena varikos.

Sebahagian mereka yang mengidap vena varikos mempunyai simptom berikut:

* Bengkak kaki

* Kaki terasa berat, tidak selesa, berdenyut dan hangat.

* Kerap terkena kejang otot.

* Rasa gatal di sekitar vena yang terlibat.

* Perubahan warna kulit yang bertambah gelap terutama berhampiran buku lali.

* Kudis di buku lali yang sukar baik.

Komplikasi vena varikos

Penyakit vena varikos biasanya tidak banyak mendatangkan mudarat sekiranya ia tidak diabaikan.

Apabila diabaikan, tekanan darah dalam vena akan bertambah tinggi sehingga menyebabkan darah mendak di kaki dan aliran darah lembap.

Keadaan ini akan mengakibatkan kaki bengkak dan pesakit susah untuk berjalan.

Darah yang mendak ini mengandungi aras karbon dioksida dan produk racun yang tinggi dari metabolisma tisu di samping aras oksigen yang rendah.

Untuk jangka pendek ia menyebabkan pesakit kerap merasa kekejangan otot dan gatal pada kulit.

Akibat aliran darah yang amat perlahan di bahagian kaki, banyak sel darah yang akan pecah menyebabkan zat besi (ferum) meresap ke tisu mengakibatkan warna kulit bertukar lebih gelap atau kehitaman.

Apabila resapan ini bertambah teruk, darah tidak dapat mengalir ke bahagian kulit menyebabkan terjadinya kudis atau ulser yang kronik.

Ulser ini tidak mudah disembuhkan jika masalah vena varikos tidak diatasi lebih dahulu.

Prosedur mengesan vena varikos

Buat permulaan, doktor akan membuat pemeriksaan fizikal dengan pesakit dalam keadaan berdiri, untuk pastikan jika pesakit menghidapi vena varikos.

Walaupun tidak sukar untuk mengenalpasti penyakit ini, doktor perlu membuat beberapa lagi ujian fizikal untuk pastikan kedudukan injap yang rosak.

Pemeriksaan doppler membolehkan pakar bedah mendengar aliran darah dalam vena kaki.

Ia juga dapat mengesan sebarang kerosakan pada injap dan boleh memastikan sistem vena dalaman berfungsi dengan baik sekiranya pembedahan hendak dilakukan pada vena luaran.

Pemeriksaan Venografi menggunakan x-ray setelah vena kaki dimasukkan cecair kontras pula jarang digunakan sekarang kerana ia boleh menimbulkan komplikasi seperti darah beku dan thrombophlebitis.

Rawatan

Tidak semua pesakit vena varikos memerlukan rawatan agresif seperti pembedahan, terutamanya jika ia vena varikos yang kecil.

Tujuan rawatan adalah untuk mengurangkan simptom dan juga mengelakkan komplikasi.

Rawatan permulaan selalunya berbentuk konservatif dan ia memerlukan kerjasama pesakit menjayakan rawatan agar vena varikos yang kecil tidak bertambah teruk dan berkomplikasi.

Rawatan konservatif

1. Memakai stokin. Kini terdapat pelbagai stokin untuk merawat vena varikos. Stokin boleh memberi tekanan kompresi antara 18-50 milimeter Merkuri (mmHg). Kompresi ini boleh membantu mengimbangi tekanan dan isi padu darah dalam vena.

2. Membuat senaman, terutamanya berjalan jaki.

3. Mengurangkan berat badan bagi mereka dengan berat badan berlebihan.

4. Elakkan berdiri atau duduk yang terlalu lama.

5. Apabila berehat, pesakit digalakkan meninggikan aras kaki lebih tinggi dari aras jantung untuk melancarkan aliran darah kembali ke jantung.

6. Kini terdapat ubatan yang boleh membantu melancarkan perjalanan darah dalam vena. Walau bagaimanapun, keberkesanannya di kalangan kes vena varikos terus atau yang berkomplikasi adalah terhad.

Prosedur rawatan lanjut

Untuk kes vena varikos yang teruk, berkomplikasi atau atas sebab kosmetik (akibat rupa kulit kaki yang hodoh) terdapat beberapa prosedur berikut yang boleh dilakukan oleh doktor.

1. Sclerotherapy: Doktor akan menyuntik ubatan cecair khas bertujuan mematikan vena yang bermasalah, Ini berkesan sekiranya dilakukan dengan teknik yang betul. Kesilapan suntikan boleh menyebabkan kesakitan yang amat dan menghasilkan kudis (ulser) yang sukar sembuh.

2. Rawatan cahaya laser: Ini digunakan untuk merawat telangiectasis dan vena varikos yang kecil di bahagian muka atau kaki.

3. Rawatan photoderm: Rawatan ini menggunakan katheter yang dimasukkan ke dalam saluran vena. Alat khas di hujung katheter akan mengeluarkan haba panas yang mematikan vena yang bermasalah.

4. Stripping: Prosedur ini menggunakan wayar panjang khas yang dimasukkan ke dalam vena saphenous dari buku lali ke pangkal paha, dan kemudiannya ditarik keluar kesemua vena terbabit.

5. High ligation: Pembedahan ini dilakukan pada pangkal paha di mana vena saphenous diikat dan sambungan antara vena femoral dan vena saphenous diputuskan.

6. Avulsion: Melalui beberapa pembedahan kecil di kulit kaki, vena varikos ditarik keluar sedikit demi sedikit sehingga tiada bonjolan vena varikos yang ketara. Selalunya pembedahan ini ditambah dengan prosedur ‘high ligation’ untuk mendapat hasil rawatan yang lebih berkesan.

Monday, March 31, 2008

Tumbesaran gadis: Mencapai akil baligh

APABILA seorang ibu memerhatikan bagaimana anak perempuannya membesar setiap hari, seolah-olah memerhatikan pembesaran dirinya sendiri.

Ibu-ibu harus sedar yang anak perempuan mereka sedang berubah dari dalam dan juga di luar bila tiba masanya.

Perubahan seksual sekunder (akil baligh) mungkin tidak berlaku secara serentak untuk semua gadis.

Adalah normal sekiranya perubahan ini berlaku pada umur seawal lapan tahun ataupun mungkin lewat sekitar umur 14 tahun.

Walaupun tidak nampak perubahan luaran yang ketara, sebenarnya anak perempuan anda sedang menjalani perubahan fisiologi, endokrin serta anatomi dalaman lain.

Untuk itu, para ibu diharapkan dapat mengetahui dan memahami;

1. Bagaimana perubahan ini berlaku

2. Mengapa berlakunya perubahan ini

3. Bila kedatangan haid dijangka tiba

Dalam perubahan pada anak gadis semasa akil baligh, satu bahagian pada otaknya akan menghantar isyarat pada kelenjar seks iaitu ovari supaya mula berfungsi.

Kelenjar seks ini pula akan menghantar isyarat pada organ-organ lain supaya mula berubah mengikut keperluan perkembangan seksual sekunder.

Isyarat-isyarat ini dihantar melalui hormon-hormon yang dijanakan oleh badan anak gadis berkenaan untuk mengawal tumbesaran badan sebagai seorang gadis yang bertambah dewasa serta kematangan sistem seksual.

Pada tahap permulaan ini, seorang ibu dapat melihat perubahan pada anak gadis seperti;

* Payudara makin membesar

* Penambahan berat badan dan juga penambahan ketinggian

* Ukuran di bahagian punggung semakin lebar

* Tumbuhnya bulu ketiak dan juga di kawasan genitalia (kemaluan)

* Perubahan bau badan

* Kehadiran jerawat di muka.

Mungkin perubahan pertama yang dilihat bermula pada kawasan payudara yang semakin membesar.

Kawasan yang gelap di sekeliling puting akan membengkak, jisim payudara akan lebih membulat serta menjadi padat dan berat.

Terdapat juga kemungkinan tumbesaran payudara di kedua-dua belah dada tidak seiras dan serupa.

Mungkin juga anak anda merasai tidak selesa pada kedua-dua ataupun sebelah payudara.

Namun tidak perlu runsing kerana ini mungkin normal untuk peringkat awal perkembangan.

Jika waswas, bawa anak perempuan anda berjumpa dengan doktor untuk kepastian.

Kematangan hormon juga menyebabkan kematangan sistem reproduksi anak gadis dengan ovari kini berupaya mengeluarkan telur untuk disenyawakan.

Dengan kata lain, ovulasi sudah berlaku dan sekiranya persenyawaan tidak berlaku, lapisan dalam rahim iaitu endometrium yang pada mulanya menebal akan gugur sebagai darah haid.

Darah haid

Sukar untuk mengetahui dengan tepat bila seorang anak gadis akan mengalami haid pertamanya.

Kebanyakan anak gadis akan mendapat haid pertama sekitar umur 12 tahun. Haid pertama biasanya sedikit sahaja dan berlangsung untuk tiga hingga tujuh hari dengan kekerapan sekali setiap bulan.

Berkemungkinan juga darah haid anak gadis tidak teratur dan datang sekali setiap dua bulan atau mungkin dalam jumlah darah lebih sedikit.

Bagaimanapun, anak gadis ini mungkin perlu mendapatkan rujukan doktor jika kedatangan haid masih tidak teratur, tidak tenteram dan juga selalu menyakitkan selepas 2 tahun.

Buat perancangan nota kehadiran haid

Seorang ibu perlu memberi tunjuk ajar kepada anak gadisnya supaya menanda kehadiran haid di dalam diari ataupun kalendar dan catatkan sebarang masalah ataupun kesakitan semasa datangnya haid.

Dengan cara sebegini, anak gadis dapat meramalkan bila haid berikutnya akan datang dan juga julat di antara dua peristiwa haid berdekatan.

Lazimnya julat darah haid adalah di antara 21 hari hingga 45 hari. Adalah biasa bagi julat haid berbeza-beza dan hari pertama haid pun mungkin pada hari awal dan juga mungkin lewat berbanding dengan bulan lampau.

Untuk mereka yang sudah berkahwin pula, biasanya kelewatan haid dikaitkan dengan kemungkinan mengandung, bergantung kepada tempoh lewat datang haid.

Persediaan

Adalah lebih baik sekiranya perancangan awal disediakan sebelum datangnya haid seperti menyimpan tuala wanita di dalam beg dan dibawa ke sekolah.

Tuala ini dipakai di bahagian dalam seluar dalam dan bertujuan menyerap darah yang keluar. Perlu diingat bahawa tuala wanita ini perlu ditukar setiap empat jam kerana darah haid yang terkumpul mungkin menjadi tempat pembesaran yang baik untuk bakteria.

Biasanya untuk beberapa hari pertama, tuala wanita perlu ditukar dengan lebih kerap disebabkan jumlah darah yang keluar terlalu banyak.

Penggunaan tuala wanita yang diletakkan bau haruman juga tidak digalakkan kerana mungkin menyebabkan berlakunya keradangan pada kulit sekitar kemaluan.

Tidak selesa dan sakit

Ramai gadis mengalami kekejangan di bahagian bawah abdomen semasa kehadiran haid.

Mungkin juga kesakitan tersebut merebak ke bahagian belakang (seperti mereka yang sakit bersalin).

Ada juga keluhan seperti sakit kepala, pening-pening, kekerapan buang air besar dan juga loya-loya muntah.

Jangan runsing kerana ini adalah normal untuk pengalaman awal kehadiran haid.

Untuk menghilang masalah serta rungutan ini, anak gadis ini boleh mengambil;

* Pil penahan sakit seperti NSAIDs, contohnya ibubrofen ataupun naproxen sodium.

* Bersenam

* Meletakkan pemanas seperti bertungku di bahagian bawah abdomen.

Rujuk kepada doktor sekiranya:

1. Anak anda sudah pun berusia 15 tahun tetapi masih belum datang haid.

2. Kehadiran haid yang sebelum ini teratur, tetapi sekarang tidak lagi teratur.

3. Julat di antara sebelum dan selepas haid kurang dari 21 hari ataupun melebihi 45 hari.

4. Julat haid berlaku selama 90 hari (3 bulan) walaupun hanya untuk baru satu kitaran (bukan mengandung).

5. Kehadiran darah haid melebihi tujuh hari.

6. Sekiranya jumlah pendarahan terlampau sehinggakan tuala-tuala wanita perlu ditukar setiap satu hingga dua jam.

Banyak perubahan dari segi emosi dan juga fizikal akan berlaku pada anak gadis anda. Nasihatkan mereka supaya menjaga pemakanan supaya berat badan ideal dapat dikekalkan.

Bersenam serta beriadah mungkin dapat mengurangkan ketidakselesaan serta kesakitan ketika datang haid.

Amalkan senaman untuk mengukuhkan tulang-tulang, menguatkan otot-otot dan juga mengurangkan kekejangan semasa datang haid.

Akil baligh juga menyebabkan kelenjar di bawah kulit mengeluarkan sebum dan dengan kehadiran sebum yang banyak boleh menyekat lubang-lubang halus, menyebabkan berlakunya jerawat.

Membasuh muka dengan air ataupun bahan pencuci muka dengan kerap dapat mengurangkan kehadiran sebum di muka dan seterusnya dapat mengurangkan kehadiran jerawat di muka.

Jangan biarkan jerawat berlarutan di muka kerana penyembuhan jerawat mungkin meninggalkan parut yang berkekalan.

Awasi anak anda - 6

Awasi anak...terkena kejutan elektrik

Akibatnya anak-anak terkena kejutan atau renjatan elektrik sehingga meragut nyawa.

Beberapa kes yang melibatkan kejutan elektrik pernah dirujuk kepada Jabatan Perubatan Kecemasan Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM). Hal ini diakui oleh Pakar Perunding Perubatan Kecemasan & Ketua Jabatan, Prof. Madya Dr. Azhar Abdul Aziz.

Menurut Dr. Azhar, dalam sesetengah kes kejutan elektrik yang menyebabkan kecederaan sehingga meragut nyawa, kanak-kanak dibiarkan memperbaiki barangan elektrik tanpa kawalan.

Mungkin di peringkat awal kerana suka-suka atau menunjuk diri kreatif malangnya elektrik bukannya bahan percubaan kemahiran.

"Voltan yang tinggi boleh menyebabkan renjatan terhadap ritma atau denyutan elektrik di dalam jantung manusia.

"Pertembungan dengan arus elektrik menyebabkannya terganggu dan berlaku kecederaan,'' jelasnya.

Selain perasaan ingin mencuba, kanak-kanak di bawah tujuh tahun dikenal pasti antara golongan yang suka bermain dengan suiz elektrik.

Kumpulan ini masih belum boleh membezakan antara kesan baik dan buruk.

"Lazimnya, mereka mencucuh palam elektrik dengan bahan-bahan pengalir elektrik yang baik seperti besi menyebabkan berlaku renjatan elektrik.

"Situasi ini selalunya terjadi di kalangan kanak-kanak yang lasak dan sukakan cabaran,''dedahnya.

Beliau turut menegaskan, peralatan elektrik yang kurang diselenggarakan dengan baik juga punca berlakunya renjatan elektrik.

"Terdapat barangan elektrik rosak dan mengalirkan arus elektrik tanpa diketahui. Mungkin kabel atau wayar tertentu digigit tikus.

"Ini menyebabkan mangsa terkena kejutan elektrik jika menyentuh atau memegang barangan tersebut,'' ujarnya.

Dr. Azhar menambah, dalam menangani kes renjatan elektrik, sebaiknya mintalah pertolongan dengan segera jika merasakan tidak upaya melakukan secara sendirian.

Selepas rawatan, mangsa hendaklah dikejarkan segera ke hospital. Sebaik-baiknya terus dapatkan rawatan ke Jabatan Kecemasan Hospital daripada membawanya ke klinik.

Beberapa kes yang dirujuk lambat ke Jabatan Kecemasan menyebabkan ada antara mangsa yang masih boleh diselamatkan menemui maut.

"Sememangnya ajal dan maut di tangan Tuhan, tetapi kecekapan kita boleh menyelamatkan mangsa,'' katanya.

Dr. Azhar berkata, dalam hal ini, jika ada pilihan lebih baik mangsa dikejarkan terus ke Jabatan Kecemasan.

"Insya-Allah mangsa boleh diselamatkan kerana peralatan bantuan rawatan di jabatan tersebut lebih lengkap,'' nasihatnya.

Orang ramai yang ingin membantu mangsa yang terkena renjatan elektrik diingatkan supaya mengikut prosedur yang betul.

Dikhuatiri seandainya membantu dalam keadaan tergopoh-gapah akan menyebabkan renjatan elektrik mengalir ke tubuh mereka yang ingin menolong pula.

  1. Langkah pertama, tenangkan diri dan jangan panik. Pastikan diri dalam keadaan terkawal dan rasional.
  2. Dalam keadaan pantas, kaji atau analisis dahulu keadaan mangsa. Jika mahu memegang mangsa, pastikan tangan atau tubuh kering. Tutup atau matikan punca elektrik terlebih dahulu supaya tidak berlaku pengaliran elektrik secara terbuka.
  3. Jika tubuh mangsa menggeletar dan berlaku kekejangan, itu tandanya arus elektrik masih mengalir dalam badan. Jangan pegang mangsa secara terus tetapi gunakan penebat elektrik seperti plastik atau kayu.
  4. Selepas melepaskan tubuh mangsa dengan punca elektrik, periksa tahap kesedaran mangsa. Jika mangsa masih sedar, lakukan rawatan Airway Breathing Circulation atau ABC. Caranya dengan mengesan atau memeriksa rongga yang terbuka dan keluarkan apa-apa makanan atau barang yang mengganggu pernafasan.
  5. Jika bertauliah, lakukan rawatan bantuan pernafasan segera, Cardio Pulmunory Resusucitation atau CPR.

Awasi anak anda - 5

Awasi anak ketika usia remaja

PETALING JAYA 18 Jun - Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi meminta ibu bapa memberi perhatian terhadap anak-anak mereka terutama dalam usia remaja berikutan persekitaran sosial yang semakin mencabar sekarang.

Perdana Menteri berkata, mereka jangan memandang mudah akan tanggungjawab masing-masing dengan memastikan generasi muda terbabit tidak terjebak dalam masalah seperti gengsterisme mahu pun penagihan dadah.

``Janganlah hendaknya ibu bapa terus bergantung kepada pihak sekolah untuk mendidik anak-anak mereka malah mereka mempunyai tanggungjawab yang lebih meluas.

``Ini kerana dalam usia remaja, mereka hendak melakukan macam-macam perkara terutama dalam menjalinkan persahabatan dengan rakan-rakan sebaya,'' ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap melancarkan Karnival Keluarga Bahagia Penyayang 2004 di Teman Tema Sunway Lagoon Resort, di sini malam ini.

Turut hadir ialah Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil; Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Budi Penyayang, Leela Mohd. Ali, Pengerusi Kumpulan Sunway, Tan Sri Dr. Jeffrey Cheah dan Pengerusi Astro, Datuk Badri Masri.

Pelancaran karnival itu diadakan dalam suasana yang begitu meriah dengan diadakan pertunjukan bunga api di taman tema berkenaan.

Justeru, Abdullah mengingatkan ibu bapa jangan terlalu ghairah untuk mengejar kejayaan peribadi hingga melupakan soal keluarga.

Katanya, jika terjadi apa juga masalah berlaku dalam keluarga hingga menimbulkan kesedihan di kalangan ibu bapa terbabit, mereka harus dipersalahkan.

``Kita mesti jadikan suasana keluarga kita ibarat sebuah syurga dunia dan dengan sentiasa menimbulkan rasa gembira,'' jelasnya.

Dengan adanya rasa kegembiraan itu, Perdana Menteri percaya ia boleh membawa suasana yang ceria dan gembira kepada mereka hingga ke pejabat.

Menurut Abdullah, pemikiran mereka tidak harus terganggu yang boleh menyebabkan prestasi mereka terhadap tanggungjawab yang diamanahkan itu akan menurun.

Pada masa yang sama, katanya, kerajaan memang memberi perhatian kepada pembangunan keluarga dengan menyediakan pelbagai kemudahan termasuk aspek rawatan dan kesihatan.

``Badan bukan kerajaan turut memainkan peranan penting dalam usaha mewujudkan keluarga bahagia dengan menjalankan pelbagai aktiviti berkaitan pembangunan keluarga,'' jelasnya.

Perdana Menteri yakin dengan komitmen itu membolehkan mereka menjayakan kempen kerajaan untuk melahirkan keluarga penyayang.

Awasi anak anda

Awasi anak-anak anda

TRAGEDI menyayat hati yang menimpa kanak-kanak malang Nurin Jazlin Jazimin, 8, sekali lagi meletakkan pedofilia sebagai tumpuan utama setelah pemergian ke hadrat Ilahi adik Nurul Huda Ghani, 10, awal tahun 2004 kerana dirogol dan diliwat.

Sepuluh hari sebelumnya, mangsa rogol Harirawati Saridi, juga berusia 10 tahun ditemui mati dibunuh dengan kainnya tersingkap, di kawasan semak semasa dalam perjalanan ke sekolah di Kampung Ratau, Menggatal, Kota Kinabalu, Sabah.

Di sebalik perhatian meluas yang diberikan sejak itu, masih ramai yang tidak memahami tentang apa sebenarnya penyakit mental ini.

Salah tanggapan paling biasa yang bermain di fikiran sesetengah orang ialah, pedofilia dan homoseksual merupakan perkara tunggal. Menyamakan di antara kedua-duanya samalah seperti membuat perbandingan sebiji epal dengan sebotol racun tikus.

Pedofil memang tidak mempamerkan tanda `PEDOFIL’ yang tertulis pada dahi atau belakang mereka. Namun, ada langkah-langkah yang boleh diambil untuk mencegah insiden buruk ke atas cahaya mata anda.

Dipetik dari Encyclopedia of Mental Disorder, pedofilia dirujuk sebagai gangguan psikoseksual di mana fantasi atau penglibatan sebenar dalam aktiviti seksual dengan kanak-kanak menjadi cara untuk mencapai kemuncak keseronokan.

Fokus pedofilia adalah hubungan seksual dengan kanak-kanak berumur di bawah 18 tahun. Bagaimanapun, kebanyakan profesional kesihatan membataskan definisi pedofilia kepada kegiatan seksual dengan kanak-kanak praakil baligh berusia 13 tahun ke bawah.

Ia sama ada diarahkan kepada kanak-kanak daripada jantina yang sama ataupun berlainan. Sesetengah pedofil tertarik kepada kedua-dua lelaki dan perempuan. Sesetengahnya pula tertarik hanya kepada kanak-kanak manakala sebahagiannya lagi kepada kedua-dua kanak-kanak dan orang dewasa.

Apabila ini terjadi, ia lazimnya berpunca daripada rasa tidak terjamin (selamat) atau stres dalam perhubungan sesama orang dewasa, kata pakar psikologi, Anthony Siracusa, yang khusus merawat kanak-kanak yang didera dan pesalah seksual.

Pedofil kategori ini dikenali sebagai pesalah regresi (merosot kembali) kerana kehilangan kemahiran sosial yang diperlukan untuk berurusan dengan orang dewasa lain lalu menjadikan kanak-kanak sebagai satu daya tarikan besar kepada mereka.

Pesalah regresi boleh melantun ke hadapan dan belakang di antara hubungan seksual yang normal dan kaitan jenayah dengan kanak-kanak.

Lazimnya, pedofil mempunyai masalah untuk berhubung dengan individu sebaya. Mereka perlu berasa ada kuasa dan kawalan ke atas satu-satu hubungan yang lebih mudah - dengan kanak-kanak.

Seorang pedofil yang menggelar dirinya sebagai PwC menulis begini dalam sebuah laman web yang berpangkalan di barat:

“Saya berusia 21 tahun, masih teruna. Saya merupakan seorang penganggur. Adalah mustahil bagi saya untuk berjumpa dengan gadis idaman dan saya terdesak kerana saya perlukan cinta. Saya tidak pernah mencabul budak perempuan walaupun ada ketikanya keinginan itu ada. Saya mahu mendukung kanak-kanak perempuan di atas tangan ini dan memberitahunya bahawa saya cintakannya dan bahawa saya akan menjaga dan melindunginya dengan baik.’’

Punca

Pelbagai teori diutarakan. Ada saintis yang menuding jari ke arah biologi di mana testosteron iaitu salah satu daripada hormon lelaki, mendedahkan lelaki kepada tingkah laku seksual yang menyimpang.

Namun, banyak pengkaji yang bersetuju bahawa pedofilia terbit daripada faktor psikososial berbanding ciri-ciri biologi dan genetik.

Ahli keluarga lawan orang asing

Kanak-kanak yang mengalami penderaan seksual terluka dalam cara yang berbeza, bergantung sama ada pendera adalah orang yang disayangi dalam hidupnya seperti ibu bapa ataupun orang asing.

Dalam kes yang melibatkan ahli keluarga sendiri, kanak-kanak terbabit akan mengalami kekeliruan yang amat sangat. Mereka akan berasa begitu bersalah kerana melaporkan penderaan tersebut, yang tidak ditemui jika membabitkan pesalah luar.

Apabila penderaan berlaku di dalam keluarga, kanak-kanak itu akan dibesarkan dengan kebiasaan itu dan akan menerimanya sebagai satu norma hidup setelah meningkat dewasa.

Ia menjadi satu perkara yang cuba diseimbangkan dalam keluarga. Kanak-kanak berusaha untuk membantu kelancaran hubungan kekeluargaan.

sebaik sahaja kanak-kanak itu menyedari bahawa hubungan seksual yang dia ada sebenarnya satu kesalahan dan mula membocorkan rahsia itu kepada orang lain, keseimbangan tadi mulai terganggu.

Selalunya, keluarga berasa dimangsai dengan pendedahan kanak-kanak, mengakibatkan kanak-kanak itu menarik balik kata- katanya. Ini akan mendatangkan masalah yang lebih besar kepada individu terbabit.

Tanda-tanda

Dalam jangka panjang, sejarah penderaan seksual semasa zaman kanak-kanak boleh mencetuskan apa jua masalah mental. Antaranya kemurungan, penyalahgunaan alkohol dan dadah serta gangguan keresahan.

Sesetengah, bukan semua kanak-kanak yang didera, berakhir sebagai seorang pedofil. Tanda-tanda awal kanak-kanak yang didera adalah gangguan tidur dan pemakanan.

Mereka kemudiannya berbalik kepada tabiat menghisap jari dan kencing malam (sewaktu tidur). Perangai mereka juga boleh berubah menjadi agresif atau suka menyendiri.

Bagaimanapun, mempercayai senarai ini bulat-bulat boleh memperdayakan anda kerana ia juga boleh disebabkan oleh perkara-perkara lain.

Berdasarkan Persatuan Psikologi Amerika, terdapat gejala-gejala yang lebih jelas: Kanak-kanak mangsa penderaan mungkin tahu mengenai seks lebih banyak daripada apa yang telah diajar atau mereka mungkin mempunyai minat terhadap seks yang tidak bersesuaian dengan umur mereka. Antaranya, menunjukkan tingkah laku berbaur seksual dengan kanak-kanak lain.

Jika kanak-kanak memberitahu bahawa mereka mengalami penderaan seksual walaupun mungkin tidak secara lisan, itu merupakan tanda yang paling jelas. Kanak-kanak jarang menipu mengenainya.

Rawatan

Pakar-pakar sependapat bahawa pedofil bukanlah sesuatu yang normal tetapi penyakit yang nyata. Malangnya, ia tiada penawarnya.

Terapi bergabung dengan ubat-ubatan seperti SSRIs (selective serotonin reuptake inhibitors), termasuk Prozac dan Paxil, berkesan untuk kebanyakan pesakit dengan lain-lain gangguan mental tetapi tidak berhasil untuk pedofil.

‘Doktor’ terbaik yang boleh diharapkan adalah dengan cara membantu mereka daripada bertindak terhadap desakan.

Pencegahan

Kebanyakan kanak-kanak mengenali pencabul mereka, jadi ingatan ‘jangan ambil gula-gula daripada orang yang tidak dikenali’ tidak selalunya berjaya.

Anda perlu memberitahu anak-anak bahawa tidak ada seorang dewasa pun yang boleh menyentuh mereka atau meminta untuk disentuh dalam apa jua cara yang mengelirukan atau menakutkan.

Ajar anak-anak anda untuk berkata tidak dan melaporkannya segera kepada anda sekiranya ia berlaku.

Anda juga perlu mengajar mereka bahawa tidak ada seorang dewasa pun yang boleh meminta agar anak-anak merahsiakan sebarang sentuhan mahupun ciuman.

Badan Amal Keselamatan Kanak-kanak The Kidscape, London, menemu bual 91 pedofil tentang pendekatan mereka memilih mangsa.

Para penyelidik tersebut mendapati, pedofil mempunyai kemahiran untuk menarik perhatian kanak-kanak untuk mempercayai mereka, menggula-gulakan mereka dengan hadiah dan membawa mereka keluar berjalan-jalan dan bersuka ria.

Pedofil selalunya menyasarkan keluarga ibu atau bapa tunggal di mana si ibu terutamanya amat berterima kasih di atas bantuan kerana menjaga anak mereka.

Hampir separuh daripada pedofil berkenaan mengakui berjumpa dengan kanak-kanak yang mereka cabul dengan cara menjadi penjaga kanak-kanak.

Anda perlu menaruh syak wasangka terhadap seseorang yang menunjukkan minat yang tinggi kepada anak-anak anda terutamanya jika mereka cenderung mencari jalan untuk bersendirian dengan anak anda.

Walaupun kebanyakan kes penderaan seksual melibatkan orang dewasa yang dikenali oleh kanak-kanak, mereka juga ada kalanya diserang oleh orang asing.

Satu perkara yang boleh anda beritahu kepada anak-anak adalah, jangan sesekali menghampiri kenderaan yang berhenti untuk bertanyakan arah jalan.

Adalah juga penting untuk menekankan kepada mereka bahawa mereka tidak akan dihukum kerana melanggar arahan sekiranya seseorang cuba mencabul mereka semasa melakukan kesalahan itu.

Menurut Kidscape, “Seorang kanak-kanak yang sedang bersiar-siar di taman setelah dilarang oleh ibu bapanya dan kemudian dia dicabul. Dia takut untuk mendedahkan perkara itu kerana bimbang dimarahi ibu kerana melanggar arahannya.’’

Dalam era teknologi maklumat ini, sesetengah pedofil banyak menghabiskan masa di internet. Jadi pastikan anda tahu apa yang anak anda lakukan di hadapan komputernya.

Beritahu mereka jangan sekali-sekali bertemu secara sendirian dengan sesiapa sahaja yang mereka kenali di Internet dan jangan berikan maklumat peribadi seperti tempat tinggal anda.

Minta mereka hafal nombor telefon penting untuk dihubungi sekiranya tersesat termasuk menghubungi polis. Jangan tumpang orang yang tidak dikenali.

Awasi anak anda - 4

Buli siber

Jangan jadi mangsa atau pembuli siber

  • Hentikan, halang dan dedahkan (jangan bagi maklum balas kepada sebarang mesej pembuli siber, Halangnya daripada terus menghantar mesej dan maklumkan kepada orang dewasa yang dipercayai).

  • Fikir sebelum klik (semak apa yang anda hantar..fikirkan daripada pelbagai aspek, pandangan serta kesannya).
  • Hormat (gunakan kemudahan sebaik mungkin dan hormati perasaan pengguna lain)

  • Jadikan maklumat peribadi sebagai rahsia (semakin banyak rahsia anda didedahkan, semakin senang mereka membuli anda)

  • ‘Take 5’ (jauhi komputer selama lima minit apabila sesuatu yang mengecewakan, mengejutkan berlaku kepada anda. Ini bermakna anda tidak akan melakukan sesuatu dalam keadaan sesal atau tidak menentu).

  • Bina laman web sendiri (untuk kegunaan peribadi dan pasang penggera untuk menghindari pembuli lebih awal).



    Kanak-kanak lebih mudah dibuli

    Ibu bapa perlu pastikan anak mereka tidak mendedahkan maklumat peribadi terutama alamat rumah

    KANAK-KANAK yang melayari internet lebih terbuka mindanya. Hakikatnya, ia suatu perkembangan yang selaras dengan perkembangan teknologi serta memastikan generasi muda tidak ketinggalan serta kaedah berkesan melahirkan pelapis yang celik Teknologi Maklumat (IT).

    Namun, kanak-kanak yang tidak dikawal penggunaan internet sebenarnya terdedah dengan risiko diserang pembuli siber yang boleh mengakibatkan tekanan, gangguan perasaan serta terasa diancam.

    Walaupun kes buli siber di Malaysia tidak dianggap sebagai ancaman, tetapi ia suatu yang perlu disedari dan diakui boleh mengganggu pengguna internet khususnya generasi muda yang baru berjinak dengan dunia teknologi.

    Di negara maju seperti Amerika Syarikat, kebanyakan kejadian berlaku berikutan kanak-kanak mudah terpengaruh dengan watak dalam permainan internet. Mereka turut mengamalkan sikap yang sama ketika berkomunikasi dengan pengguna lain di internet.

    Pasukan penyelidik Universiti California, San Francisco dan University of Pittsburgh Amerika Syarikat pada April 2006 mengesahkan wujudnya kaitan antara keganasan yang digambarkan dalam permainan komputer dengan kelakuan kasar bersifat anti sosial.

    Kajian mendapati, lelaki berumur 18 hingga 21 tahun daripada etnik kecil dan mempunyai latar belakang sosioekonomi berbeza gemar bermain permainan keganasan tahap rendah, contohnya permainan Simpsons: Pukul Dan Lari.

    Satu kelompok lagi sukakan permainan keganasan peringkat tinggi seperti Grand Theft Auto III. Watak pemain Grand Theft Auto merujuk kepada peranan seorang penjenayah yang diambil bekerja oleh mafia menggunakan seekor kelawar besbol memukul peniaga ubat dan menjadikan ubat jualan itu khas untuk pelacur diambil bekerja oleh mafia.

    Watak Men dalam Grand Theft Auto dikatakan sentiasa tertekan, sikap negatif, kelakuan tidak suka bekerjasama, lebih konflik dalam interaksi sosial, sikap permisif (terbuka) terhadap menggunakan alkohol dan ganja, berbanding dengan yang yang dimainkan The Simpsons.

    Di Malaysia, walaupun kes membabitkan siber buli tidak banyak dilaporkan, tetapi wujud kecenderungan itu cuma tidak dilaporkan kerana sikap tidak peduli pengguna internet atau masyarakat yang menganggap ia sebagai remeh.

    Berdasarkan statistik terbaru Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKKM), sehingga September 2007, ada 11.7 juta penduduk menggunakan internet secara langganan ‘dial-up’ manakala 1.2 juta lagi menggunakan kemudahan teknologi itu secara langganan jalur lebar.

    Daripada jumlah itu, kajian mendapati 46 peratus daripada pelayar web di Malaysia melayari laman sosial seperti Friendster, MySpace®, Xanga, Atau Facebook dan kebanyakan mereka seronok menghantar dan berkongsi profil peribadi, gambar tanpa menyedari maklumat mereka direkod pihak tertentu.

    Kebanyakan mereka yang gemar berkongsi maklumat dengan rakan, sama ada melalui laman web sendiri atau blog dengan mendedahkan maklumat sebenar mereka berisiko untuk dibuli atau diancam.

    Pengurus Pemasaran Serantau, Perniagaan Pelanggan Symantec bagi Rantau Asia Selatan, Effendy Ibrahim berkata, berdasarkan kajian, walaupun kes serangan siber di Malaysia tidak banyak dilaporkan berbanding negara maju, pihaknya percaya apa yang berlaku di sana juga boleh berlaku di sini.

    Ini kerana katanya, kira-kira 42 peratus daripada jumlah keseluruhan pengguna internet di Malaysia adalah remaja berusia 24 tahun ke bawah dan kanak-kanak.

    “Kanak-kanak adalah golongan paling berisiko menghadapi serangan itu kerana mereka dikategorikan sebagai ‘mangsa yang mudah’ berbanding orang dewasa yang lebih matang.

    “Ia boleh dilakukan sesiapa saja, sama ada kanak-kanak, remaja dan kadangkala orang dewasa juga terbabit,” katanya.

    Mengikut Seksyen 223, Akta Komunikasi Dan Multimedia, sebarang komen, permintaan, cadangan atau setiap komunikasi yang kedengaran lucah, tidak senonoh, palsu, mengancam atau serangan dengan niat untuk menjengkelkan, memaki, mengancam atau mengacau orang yang lain dianggap suatu kesalahan. Pesalah boleh dikenakan denda maksimum RM50,000 atau penjara maksimum setahun.

    Info:

  • Sehingga Oktober tahun lalu, sebanyak 60 kes buli siber dilaporkan ke Keselamatan Siber Malaysia di bawah kategori gangguan elektronik dan kebanyakannya berlaku di sekolah menengah di sekitar Lembah Klang.

    Jumlah yang rendah ini bukan bermakna tidak banyak kes buli berlaku, tetapi kebanyakan mangsa ‘malas’ untuk menghebohkannya dan menganggap ia tidak perlu dilayan.

  • 72 peratus remaja Asia berumur 15 hingga 24 tahun menggunakan internet untuk pelbagai perkara, termasuk mencari maklumat, muat turun lagu atau perisian serta mencari kenalan.

  • Lebih 42 peratus pengguna Internet di Malaysia berumur kurang 24 tahun, 47 peratus pelajar sekolah menengah dan lapan peratus pula masih belajar di sekolah rendah.

    Kebanyakan remaja beranggapan

  • 40 peratus beranggapan tidak mengapa berbual dengan orang tidak dikenali di Internet.

  • 20 peratus beranggapan selamat untuk mendedahkan maklumat peribadi di Internet.

  • 30 peratus memberi pertimbangan untuk bertemu rakan Internet.

  • 9 peratus pengguna Internet muda (13 hingga 15 tahun) pernah bertemu rakan pertama yang dikenali melalui internet.

    Heading: Awasi laman web anak

    Didik peraturan layari internet

    ADAKAH anak anda mangsa atau pembuli siber? Pengurus Pemasaran Serantau Perniagaan Pelanggan Symantec, Rantau Asia Selatan, Effendy Ibrahim berkata, cara terbaik mengelakkan anak anda daripada menjadi pembuli siber ialah memastikan mereka memahami peraturan perilaku baik penggunaan telefon bimbit dan internet dengan memantau penggunaannya.

    Beliau mencadangkan ibu bapa meminta daripada anak mereka untuk melihat laman web serta laman rangkaian sosial yang disertai.

    “Anda juga boleh menyemak panggilan telefon bimbit mereka dan gambar, pesanan teks yang disimpan. Anak yang sudah remaja akan beranggapan ia adalah privasi dan ibu bapa perlu ingatkan itu adalah tanggungjawab mereka.

    “Jika masalah itu berulang, anda boleh bertindak mengurangkan atau menggantung hak penggunaan telefon bimbit atau komputer mereka,” katanya.

    Tanda-tanda anak anda diserang pembuli siber adalah susah hati, sedih atau marah selepas menggunakan telefon bimbit atau komputer; tidak lagi menyertai kegemaran bersama rakan; prestasi pelajaran merosot serta sering melepaskan kemarahan atau tekanan di sekolah dan sering murung atau bersedih.

    Dari aspek keselamatan, dunia sebenar jauh berbeza daripada dunia siber. Logiknya, anda tidak akan memberi kad kredit kepada penjenayah jika anda sangsi. Dalam dunia dalam talian, penjenayah menggunakan kuasa teknologi untuk mendapatkan apa yang anda tidak bagi di dunia sebenar.

    Sehubungan itu, amat penting ibu bapa memainkan peranan mengajar anak mereka mengamalkan kehidupan sebenar perlu digunakan dalam talian siber kerana mereka perlu mengetahui mengenai bahaya, risiko apa yang mereka lakukan.

    Anda sememangnya tidak berhasrat menyekat aktiviti atau gaya hidup anak, tetapi jika mereka berbincang mengenainya, minta anak tunjukkan kepada anda dan bertindak mengikut langkah sesuai.

    Antaranya ialah menyimpan sebarang bukti bercetak aktiviti buli; mengenal pasti pembuli dan kebiasaannya akan terdapat lebih seorang mangsa di mana anda boleh menyertainya; membuat aduan rasmi kepada penyelia internet dan pemilik telefon bimbit.

    Ibu bapa juga boleh berhubung terus dengan pembuli supaya menghentikan kegiatan mereka; menghubungi ibu bapa mereka menerusi telefon, surat dan jika perlu amaran tindakan undang-undang; latih anak supaya sentiasa berhubung dengan guru jika buli berlaku di sekolah dan jika membabitkan ancaman keganasan dan seksual, ibu bapa perlu melaporkan kepada polis.

    Jika ibu bapa sentiasa berdampingan dengan anak serta sering berbincang dengan mereka serta meminta mereka mengamalkan pendekatan selamat, mereka akan mudah mengesan jika berlakunya buli siber.

    Selain itu, Effendy juga mencadangkan kaedah ‘Avatar’ iaitu mengekalkan rahsia di talian iaitu dengan cara menghantar bukan gambar sebenar jika perlu berbuat demikian.

    Sesiapa saja boleh mewujudkan satu Avatar kerana ia adalah idea yang baik dengan menggunakan grafik yang lain daripada gambaran sebenar pengguna. Mereka boleh mengubah identiti mereka setiap hari tanpa dikenali, dikesan atau dianiaya.
  • Awasi anak anda - 3

    Ibu bapa kena prihatin

    Perkembangan anak sehingga umur 4 tahun penting untuk diawasi kerana tingkah laku mereka kadang sukar diduga

    KECEDERAAN yang dialami kanak-kanak di rumah sebenarnya dapat dielakkan jika ibu bapa mengambil berat dan prihatin terhadap beberapa perkara penting berkaitan aspek keselamatan.

    Pakar Pediatrik, Datuk Dr Zulkifli Ismail, berkata kebanyakan kecederaan yang di alami kanak-kanak ketika di rumah boleh dielakkan jika ibu bapa mengamalkan langkah awal keselamatan.

    “Ketidakupayaan kanak-kanak berfikir seperti orang dewasa menyebabkan perkara yang pada pandangan ibu bapa tidak berbahaya sebenarnya mengundang bencana yang boleh membawa kecederaan, kecacatan kekal dan lebih teruk lagi, maut,” katanya.

    Dr Zulkifli berkata, ibu bapa juga perlu mengetahui perkembangan anak masing-masing supaya dapat mencegah kejadian tidak diingini.

    “Ibu bapa perlu mengetahui peringkat mana anak mereka mula berguling, merangkak, bertatih, sudah pandai membuka laci dan pintu, berjalan dan berlari keluar. Ini penting untuk ibu bapa membuat persediaan mengelak kecuaian.

    “Begitu juga, jangan biarkan anak-anak yang makan gula-gula berlari, memegang garpu atau benda tajam lain. Ibu bapa juga perlu prihatin dengan persekitaran anak-anak termasuk di dalam dan luar rumah. Jangan biarkan anak-anak terdedah kepada risiko racun, benda tajam dan api,” katanya.

    Ibu bapa juga perlu prihatin dengan alat permainan untuk anak-anak dan membeli mengikut usia anak bagi mengelakkan kejadian kecederaan dan tercekik.

    “Biasanya pengeluar ada menyatakan kesesuaian usia untuk alat mainan. Namun, perlu diingat pemikiran anak berbeza dengan orang dewasa dan kadang kala mereka kreatif serta inovatif yang mana mereka bermain berbeza dengan cara alat mainan itu dicipta.

    “Perabot dan peralatan rumah juga dipastikan bukannya dari kaca, begitu juga pintu kaca perlu diletakkan tanda supaya kanak-kanak tidak terlanggar pintu. Bucu meja seeloknya tidak tajam atau dilapik dengan pelapik khas yang boleh dibeli di kedai perabot,” katanya

    Apa yang dimaksudkan kecederaan? Kecederaan adalah seperti jatuh, keracunan, lemas, terbakar, melecur, tercekik dan terkena kejutan elektrik. Namun, kecederaan yang kerap berlaku di rumah ialah kebakaran, jatuh dan melecur.

    Jatuh - anak yang jatuh dari ketinggian dua atau tiga kaki (0.6 hingga 0.9 meter) boleh cedera teruk. Antara kawasan berbahaya yang boleh menyebabkan kanak-kanak jatuh ialah tangga, tingkap dan beranda. Ibu bapa mesti sentiasa berwaspada dan memberi perhatian kepada prinsip yang boleh mengelakkan kecederaan.

    Keracunan - minyak tanah, ubat-ubatan, cecair membasuh rumah, alat solekan dan ubat membunuh tikus adalah racun yang sering termakan oleh kanak-kanak. Semua racun ini boleh mengakibatkan maut. Apabila anak pandai berjalan, mereka akan cuba makan apa saja yang di jumpa mereka termasuk racun. Oleh itu, ibu bapa mesti memastikan rumah mereka selamat untuk anak dengan mengikuti nasihat berikut :

    Lemas - kebanyakan daripada anak yang mati lemas di Malaysia berpunca daripada anak yang lemas apabila berenang atau jatuh ke dalam sungai, kolam air dan laut. Adakalanya mereka lemas kerana diabaikan di dalam bilik mandi. Ibu bapa mesti berwaspada dan faham bahawa seorang anak boleh lemas apabila dibiarkan seketika saja walaupun air pada paras 6 sentimeter saja

    Kebakaran dan melecur - kebanyakan anak yang mengalami kecederaan ini memerlukan rawatan di hospital. Ini adalah kerana melecur biasanya membabitkan kawasan kulit yang besar. Anak yang kecil sering melecur akibat tercurah cecair panas manakala anak yang lebih besar sering terbakar akibat bermain api. Kebanyakan kes melecur di rumah berlaku di dapur.

    INFO: Tip untuk ibu bapa

    Jatuh

  • Jangan tinggalkan bayi bersendirian di katil, sofa atau meja menukar lampin. Jika hendak menjawab telefon atau membuat kerja lain, bawa bayi bersama.

  • Pastikan tangga tidak gelap dan tiada barang bertaburan dan ingatkan anak-anak kawasan tangga bukannya tempat bermain.

  • Gunakan pagar keselamatan di atas dan di bawah tangga untuk mengelakkan anak daripada turun naik tangga sesuka hati.

  • Jauhkan anak daripada bermain di beranda atau bumbung rumah.

  • Jauhkan perabot dari tingkap kerana anak boleh memanjat perabot yang berhampiran.

  • Jangan tinggalkan anak yang berumur satu hingga dua tahun di dalam bilik mandi bersendirian. Pastikan jubin bilik mandi daripada jenis yang tidak licin.

  • Alat bertatih (walker) berbahaya jika anak tidak diawasi. Alat ini tidak akan mempercepatkan anak mula berjalan.

  • Jika buai sarung digunakan, pastikan : anak berumur kurang daripada 6 bulan, alaskan lantai di bawah buai dengan tilam atau bantal, jangan beli buai yang beroda dan anak-anak lain tidak bermain berhampiran dengan bayi di dalam buai.

    Keracunan

  • Semua jenis ubat perlu disimpan di dalam almari berkunci atau tempat yang tinggi dan selamat. Ubat yang beraneka warna akan menarik perhatian anak kerana mereka mungkin menjangkakan ia sebagai gula-gula.

  • Jangan letak minyak tanah atau cecair yang berbahaya lain di dalam bekas botol minuman yang terbiar kerana anak akan menyangka bahawa air di dalam botol itu boleh diminum. Cecair beracun patut disimpan di dalam botol yang berlabel dan disimpan di dalam almari yang berkunci sekurang-kurangnya 1.75 meter dari paras lantai.

  • Jangan makan ubat di hadapan anak kerana anak kerap meniru perbuatan ibu, bapa atau ahli keluarga lain.

    Ubat harus disimpan di dalam bekas yang tidak dapat dibuka anak (child resistant container). Bekas-bekas ini ada dijual di farmasi tempatan. Jika ada anak di rumah, jangan simpan banyak ubat.

  • Racun tikus amat berbahaya! Jangan letak di lantai tempat anak sering bermain. Ubat tikus mesti diletakkan di kawasan yang tidak dapat dilihat dan diambil oleh anak. Lebih elok jika perangkap tikus digunakan kerana ia lebih selamat.

    Lemas

  • Jangan biarkan anak berseorangan di dalam bilik air…. jika hendak menjawab telefon bawalah anak bersama.

  • Pastikan takungan air di dalam baldi, tempayan atau telaga sentiasa ditutup jika tidak digunakan.

  • Ajar anak yang berumur lebih daripada 3 tahun cara berenang walaupun diberi tunjuk ajar awasilah mereka apabila berenang.

  • Awasi anak apabila berjalan berhampiran sungai, kolam air, di tepi pantai. Parit dan longkang di tepi jalan berbahaya jika hari hujan.

  • Jauhkan anak daripada berenang di kawasan yang tidak dapat diawasi seperti sungai, bekas lombong dan laut yang dalam.

  • Sekiranya rumah mempunyai kolam renang ia harus dipagar apabila tidak digunakan. Tindakan ini dapat mengelakkan anak kecil daripada berlari dan terjatuh ke dalamnya.

    Kebakaran dan melecur

  • Jauhkan anak kecil dari dapur kerana di situlah air panas, minyak panas dan masakan panas disiapkan dan kemalangan boleh berlaku. Sebagai langkah keselamatan pastikan semua alat memasak (seperti kuali berisi minyak panas, kole berisi air panas) tidak dapat ditarik oleh anak yang masuk ke dapur.

  • Jangan tinggalkan anak kecil berseorangan apabila makanan atau minuman panas dihidangkan di atas meja. Lebih-lebih lagi sekiranya anak bermain dengan alat bertatih, kerana ia dapat memanjat dan mencari makanan itu. Dalam usahanya, ia akan tersimbah air panas.

  • Jangan beri mancis kepada anak kerana ia akan bermain dengannya apabila ibu bapa keluar rumah.

  • Sampah-sarap perlu dibakar oleh orang dewasa dan bukannya anak kecil. Jangan buang tin "aerosol" ke dalam api kerana ia boleh meletup.

  • Jangan biarkan anak bermain mercun. Tiap-tiap tahun menjelang hari perayaan, ramai anak-anak tercedera akibat bermain mercun.

  • Kunci semua bahan api seperti minyak tanah, petrol, dan lain-lain yang boleh menyebabkan kebakaran.

  • Jaga wayar alat-alat masakan seperti cerek, periuk nasi, dan sebagainya.

  • Jangan lupa bahawa dapur adalah kawasan yang berbahaya kepada anak anda.
  • Awasi anak anda - 2

    Awasi Anak Teruna Anda!

    Kecanggihan teknologi masa kini melalui pengunaan komputer dan internet telah menyediakan wadah yang paling sempurna bagi golongan gay terutamanya mereka yang tidak ingin dikenali sebagai seorang lelaki yang mempunyai orientasi homoseksual. Mereka akan lebih selesa dan mudah untuk mencari pasangan hidup mahupun pasangan seks melalui kemudahan ini. Kemunculan pelbagai laman web untuk golongan gay mencari pasangan bukanlah suatu perkara baru. Malah terdapat ribuan laman web tempatan dan global yang menawarkan maklumat, khidmat perbualan dan pertemuan jodoh bagi golongan gay dan mereka yang ingin mencuba.

    Terdapat sesetengah daripada golongan ini juga lebih berani menipu dan berselindung disebalik agama dengan mengatakan bahawa mereka tidak mungkin sama sekali akan melakukan perkara yang ditegah oleh agama daripada mengakui siapa diri mereka. Realiti sebenarnya mereka sendiri lebih mengetahui.

    Bukanlah tujuan saya untuk membincangkan soal dosa dan pahala kerana saya sendiri sedar, berada di landasan gay adalah satu perkara yang tidak harus dibanggakan. Namun, saya tertarik untuk menyentuh soal golongan gay yang terbuka dengan orientasi seksual mereka dan ‘closet gay’ - golongan gay yang merahsiakan orientasi seksual mereka. Begitu juga golongan gay yang menipu mengunakan agama.

    Apa yang ingin saya ketengahkan dalam tulisan kali ini adalah tanggung jawab sosial golongan gay sungguhpun golongan ini seringkali dilabelkan sebagai tidak bermoral dan songsang hidup mereka. Sebenarnya kita sebagai manusia tidak boleh menghukum golongan gay ini sesuka hati kita. Soal syurga dan neraka adalah jauh dari jangkauan akal fikiran dan bukan hak kita untuk menentukan. Walaupun terang-terang golongan gay ini ikut jalan yang salah, biarlah Allah saja yang menghukum mereka.

    Saya terpanggil untuk menyarankan agar semua ibubapa diluar sana berhati-hati dengan ‘closet gay’ atau golongan gay yang merahsiakan identiti sebenar mereka ini. Melalui pemerhatian dan pengalaman saya, laman-laman web bagi golongan gay bukan saja sering dikunjungi oleh golongan gay, malah turut menarik perhatian ramai lelaki yang mempunyai perasaan ingin tahu tentang apa sebenarnya homoseksual dan tidak kurang yang ingin mencuba.

    Terdapat juga ramai remaja lelaki seawal usia baligh yang melayari laman-laman ini bagi mengetahui dan mempelajari apa yang tidak pernah didedahkan kepada mereka oleh ibubapa mahupun pendidikan seks disekolah.

    Perkara ini seringkali terjadi tanpa disedari oleh kedua ibubapa. Kemudahan teknologi yang disediakan oleh ibubapa telah disalahgunakan untuk mencari kepuasan dan pasangan seks. Sebenarnya ketika di usia remaja beginilah, perasaan ingin tahu atau curiosity melonjak-lonjak untuk mengetahui tentang kehidupan golongan gay dan homoseksual. Namun di sinilah peranan ibubapa dan pendedahan pada pendidikan seks itu penting untuk memberi nasihat, garis panduan dan membendung remaja ini dari bersikap melampaui batas.

    Remaja yang berusia belasan tahun yang masih lagi mencari-cari orientasi seksual mereka dan sikap ingin tahu dan mencuba yang tinggi akan membuat mereka mudah terpengaruh dengan laman-laman web sebegini. Sekiranya tiada sebarang pengawasan dari ibubapa, kecanggihan melayari internet dan website pornografi akan memudahkan remaja-remaja ini terjerumus ke lembah homoseksual tanpa mereka sedari.

    Selain itu, apa yang sangat saya khuatirkan diwasa ini adalah terdapat segelintir golongan gay yang turut mengambil kesempatan terhadap golongan remaja belasan tahun. Golongan jenis ini adalah golongan gay yang licik, bijak dan mempunyai status kewangan yang kukuh. Mereka ini merahsiakan identiti mereka di mata orang ramai dan seringkali dilihat bebas mendampingi remaja ini dengan berselindung disebalik hubungan abang angkat atau ayah angkat.

    Ramai ibubapa tidak dapat menghidu atau menyedari hubungan sebenar yang berlaku diantara anak mereka dan abang atau ayah angkat tersebut. Malah ada sesetengah ibubapa ini mengalu-alukan kehadiran abang atau ayah angkat ini ke dalam keluarga mereka tanpa ada sebarang perasaan cemburu di hati.

    Golongan abang atau ayah angkat ini akan mengunakan kuasa kewangan mereka untuk memancing atau memikat hati golongan remaja ini dengan kemewahan yang mungkin tidak dapat disediakan oleh kedua ibu-bapa kandung. Golongan remaja belasan tahun ini akhirnya menjadi tempat melepas nafsu golongan yang tidak bertanggungjawab ini.

    Walaupun mereka sanggup diperlakukan sebegitu atas dasar keseronokan atau kemewahan wang ringgit, harus diingatkan bahawa remaja ini sebenarnya masih belum matang untuk menilai apa yang buruk dan baik tentang sesuatu perkara.

    Sejak akhir-akhir ini trend golongan gay yang mempunyai kencenderungan nafsu yang kuat terhadap remaja-remaja lelaki yang jambu atau ‘pretty boys’ semakin menjadi-jadi. Saya ingin menyeru kepada golongan gay seperti ini supaya lebih bertimbangrasa dan mengawal nafsu mereka. Lagipun, golongan gay yang dewasa tidak seharusnya mengambil kesempatan keatas golongan remaja yang naive ini. Bayangkan apa akan terjadi dengan masa depan remaja-remaja ini?

    Ibubapa juga harus berhati-hati dalam mengawal pergaulan anak-anak teruna mereka. Jika selama ini dalam masyarakat kita, ibubapa lebih bimbang atas keselamatan dan kesucian anak-anak gadis mereka dari ternoda sudah tiba masanya mereka juga menumpukan perhatian yang sama terhadap anak-anak teruna mereka.

    Sebenarnya lebih mudah jika lebih ramai gay boleh bersikap terbuka tentang orientasi seksual mereka daripada menyamar dan menyembunyikan identiti sebenar mereka. Bukan maksud saya untuk berbangga menjadi seorang homoseksual. Setidak-tidaknya ini memudahkan ibubapa mengawal dan menyedari pergaulan anak-anak teruna mereka.

    Akhir sekali nasihat saya kepada semua homoseksual di luar sana, walau siapapun diri kita, kita masih lagi mempunyai tanggungjawab sosial terhadap masyarakat.


    Kecanggihan teknologi masa kini melalui pengunaan komputer dan internet telah menyediakan wadah yang paling sempurna bagi golongan gay terutamanya mereka yang tidak ingin dikenali sebagai seorang lelaki yang mempunyai orientasi homoseksual. Mereka akan lebih selesa dan mudah untuk mencari pasangan hidup mahupun pasangan seks melalui kemudahan ini. Kemunculan pelbagai laman web untuk golongan gay mencari pasangan bukanlah suatu perkara baru. Malah terdapat ribuan laman web tempatan dan global yang menawarkan maklumat, khidmat perbualan dan pertemuan jodoh bagi golongan gay dan mereka yang ingin mencuba.

    Terdapat sesetengah daripada golongan ini juga lebih berani menipu dan berselindung disebalik agama dengan mengatakan bahawa mereka tidak mungkin sama sekali akan melakukan perkara yang ditegah oleh agama daripada mengakui siapa diri mereka. Realiti sebenarnya mereka sendiri lebih mengetahui.

    Bukanlah tujuan saya untuk membincangkan soal dosa dan pahala kerana saya sendiri sedar, berada di landasan gay adalah satu perkara yang tidak harus dibanggakan. Namun, saya tertarik untuk menyentuh soal golongan gay yang terbuka dengan orientasi seksual mereka dan ‘closet gay’ - golongan gay yang merahsiakan orientasi seksual mereka. Begitu juga golongan gay yang menipu mengunakan agama.

    Apa yang ingin saya ketengahkan dalam tulisan kali ini adalah tanggung jawab sosial golongan gay sungguhpun golongan ini seringkali dilabelkan sebagai tidak bermoral dan songsang hidup mereka. Sebenarnya kita sebagai manusia tidak boleh menghukum golongan gay ini sesuka hati kita. Soal syurga dan neraka adalah jauh dari jangkauan akal fikiran dan bukan hak kita untuk menentukan. Walaupun terang-terang golongan gay ini ikut jalan yang salah, biarlah Allah saja yang menghukum mereka.

    Saya terpanggil untuk menyarankan agar semua ibubapa diluar sana berhati-hati dengan ‘closet gay’ atau golongan gay yang merahsiakan identiti sebenar mereka ini. Melalui pemerhatian dan pengalaman saya, laman-laman web bagi golongan gay bukan saja sering dikunjungi oleh golongan gay, malah turut menarik perhatian ramai lelaki yang mempunyai perasaan ingin tahu tentang apa sebenarnya homoseksual dan tidak kurang yang ingin mencuba.

    Terdapat juga ramai remaja lelaki seawal usia baligh yang melayari laman-laman ini bagi mengetahui dan mempelajari apa yang tidak pernah didedahkan kepada mereka oleh ibubapa mahupun pendidikan seks disekolah.

    Perkara ini seringkali terjadi tanpa disedari oleh kedua ibubapa. Kemudahan teknologi yang disediakan oleh ibubapa telah disalahgunakan untuk mencari kepuasan dan pasangan seks. Sebenarnya ketika di usia remaja beginilah, perasaan ingin tahu atau curiosity melonjak-lonjak untuk mengetahui tentang kehidupan golongan gay dan homoseksual. Namun di sinilah peranan ibubapa dan pendedahan pada pendidikan seks itu penting untuk memberi nasihat, garis panduan dan membendung remaja ini dari bersikap melampaui batas.

    Remaja yang berusia belasan tahun yang masih lagi mencari-cari orientasi seksual mereka dan sikap ingin tahu dan mencuba yang tinggi akan membuat mereka mudah terpengaruh dengan laman-laman web sebegini. Sekiranya tiada sebarang pengawasan dari ibubapa, kecanggihan melayari internet dan website pornografi akan memudahkan remaja-remaja ini terjerumus ke lembah homoseksual tanpa mereka sedari.

    Selain itu, apa yang sangat saya khuatirkan diwasa ini adalah terdapat segelintir golongan gay yang turut mengambil kesempatan terhadap golongan remaja belasan tahun. Golongan jenis ini adalah golongan gay yang licik, bijak dan mempunyai status kewangan yang kukuh. Mereka ini merahsiakan identiti mereka di mata orang ramai dan seringkali dilihat bebas mendampingi remaja ini dengan berselindung disebalik hubungan abang angkat atau ayah angkat.

    Ramai ibubapa tidak dapat menghidu atau menyedari hubungan sebenar yang berlaku diantara anak mereka dan abang atau ayah angkat tersebut. Malah ada sesetengah ibubapa ini mengalu-alukan kehadiran abang atau ayah angkat ini ke dalam keluarga mereka tanpa ada sebarang perasaan cemburu di hati.

    Golongan abang atau ayah angkat ini akan mengunakan kuasa kewangan mereka untuk memancing atau memikat hati golongan remaja ini dengan kemewahan yang mungkin tidak dapat disediakan oleh kedua ibu-bapa kandung. Golongan remaja belasan tahun ini akhirnya menjadi tempat melepas nafsu golongan yang tidak bertanggungjawab ini.

    Walaupun mereka sanggup diperlakukan sebegitu atas dasar keseronokan atau kemewahan wang ringgit, harus diingatkan bahawa remaja ini sebenarnya masih belum matang untuk menilai apa yang buruk dan baik tentang sesuatu perkara.

    Sejak akhir-akhir ini trend golongan gay yang mempunyai kencenderungan nafsu yang kuat terhadap remaja-remaja lelaki yang jambu atau ‘pretty boys’ semakin menjadi-jadi. Saya ingin menyeru kepada golongan gay seperti ini supaya lebih bertimbangrasa dan mengawal nafsu mereka. Lagipun, golongan gay yang dewasa tidak seharusnya mengambil kesempatan keatas golongan remaja yang naive ini. Bayangkan apa akan terjadi dengan masa depan remaja-remaja ini?

    Ibubapa juga harus berhati-hati dalam mengawal pergaulan anak-anak teruna mereka. Jika selama ini dalam masyarakat kita, ibubapa lebih bimbang atas keselamatan dan kesucian anak-anak gadis mereka dari ternoda sudah tiba masanya mereka juga menumpukan perhatian yang sama terhadap anak-anak teruna mereka.

    Sebenarnya lebih mudah jika lebih ramai gay boleh bersikap terbuka tentang orientasi seksual mereka daripada menyamar dan menyembunyikan identiti sebenar mereka. Bukan maksud saya untuk berbangga menjadi seorang homoseksual. Setidak-tidaknya ini memudahkan ibubapa mengawal dan menyedari pergaulan anak-anak teruna mereka.

    Akhir sekali nasihat saya kepada semua homoseksual di luar sana, walau siapapun diri kita, kita masih lagi mempunyai tanggungjawab sosial terhadap masyarakat.

    Awasi anak anda - 1

    Elak dekorasi bahayakan anak

    Kecederaan di rumah yang membabitkan kanak-kanak ada kaitan dengan umur mereka

    MENGIKUT kajian, kecederaan yang dialami kanak-kanak terutama berumur satu hingga dua tahun sering terjadi di rumah.

    Sehubungan itu, ibu bapa perlu memastikan persekitaran rumah selamat dan memastikan dekorasi dan hiasan dalaman mengambil kira perkembangan anak-anak.

    Bagaimanapun, kita sering mendengar ibu bapa tidak tahu mengendalikan anak-anak dan menghadapi sebarang kemungkinan apabila berlaku kemalangan seperti anak terjatuh.

    Pakar Pediatrik, Datuk Dr Zulkifli Ismail berkata, kecederaan di rumah yang membabitkan kanak-kanak ada kaitannya dengan umur mereka.

    Katanya, kebanyakan kejadian yang berlaku membabitkan kanak-kanak berusia dua tahun kerana ada kaitan dengan keupayaan dan kebolehan mereka merangkak, berjalan dan memanjat ke tempat berbahaya.

    "Sifat untuk mengetahui sesuatu yang baru serta kecenderungan memasukkan benda ke dalam mulut menyebabkan mereka paling berisiko mendapat kecederaan atau terjatuh," katanya.

    Dr Zulkifli berkata, dalam kebanyakan kes kecederaan atau terjatuh, ibu bapa tidak tahu bagaimana mengendalikan situasi apabila anak mereka terjatuh atau cedera.

    Katanya, kekurangan pengetahuan mengenai bantuan kecemasan menyebabkan kebanyakan kes kecederaan membabitkan kanak-kanak lambat dirujuk kepada wad kecemasan sehingga menyebabkan kecacatan kekal dan lebih teruk tidak dapat diselamatkan.

    Apakah yang ibu bapa boleh lakukan jika anak terjatuh? Tindakan pertama adalah mengesan tanda kecederaan dan luka yang dialaminya.

    Bagi kes pendarahan ibu bapa dinasihatkan membawa segera ke klinik atau hospital terutama jika anda tidak tahu bagaimana menghentikan pendarahan itu.

    Jika anak terjatuh, bilakah masa yang sesuai dibawa ke hospital atau klinik?

    Kanak-kanak yang baru belajar bertatih sering kali terjatuh jika tiada kecederaan serius atau pendarahan tidak perlu di bawa ke hospital. Namun, jika anak anda menunjukkan tanda seperti kekejangan, muntah berterusan, meragam lebih daripada biasa dan tidur terlalu lama, segera bawa mereka ke klinik atau hospital untuk mendapatkan rawatan segera.

    Pencegahan: Terjatuh, bagi bayi dan kanak-kanak

  • Memasang pagar keselamatan pada tangga

  • Elakkan penggunaan walker (alat bertatih) yang beroda

  • Awasi anak anda apabila ia mula belajar satu pergerakan baru seperti merangkak, memanjat dan lain-lain

  • Bayi sepatutnya tidur di katil bayi atau pun di atas lantai. Ini adalah kerana bayi lebih cenderung berguling

  • Pada peringkat umur tertentu, kanak-kanak cenderung memanjat. Jadi jangan letakkan barang-barang yang boleh dipanjat berhampiran dengan tingkap. Awasi sepenuhnya aktiviti yang mereka lakukan.

  • Cepat bersihkan lantai jika tertumpah sesuatu

  • Simpan semua hamparan atau permaidani yang dilipat. Pastikan benda-benda itu tidak bersepah di atas lantai.

  • Simpan pisau dan segala objek tajam di tempat selamat, yang tidak boleh dicapai oleh kanak-kanak.

  • Jangan tinggalkan bayi bersendirian di katil, sofa atau meja menukar lampin. Jika hendak menjawab telefon atau membuat kerja lain, bawa bayi bersama.

  • Pastikan tangga tidak gelap dan tiada barang bertaburan dan ingatkan anak-anak kawasan tangga bukannya tempat bermain.

  • Gunakan pagar keselamatan di atas dan di bawah tangga untuk mengelakkan anak daripada turun naik tangga sesuka hati.

  • Jauhkan anak daripada bermain di beranda atau bumbung rumah.

  • Jauhkan perabot dari tingkap kerana anak boleh memanjat perabot yang berhampiran.

  • Jangan tinggalkan anak yang berumur satu hingga dua tahun di dalam bilik mandi bersendirian. Pastikan jubin bilik mandi daripada jenis yang tidak licin.

  • Alat bertatih (walker) berbahaya jika anak tidak diawasi. Alat ini tidak akan mempercepatkan anak mula berjalan.

  • Jika buai sarung digunakan, pastikan anak berumur kurang daripada 6 bulan, alaskan lantai di bawah buai dengan tilam atau bantal, jangan beli buai yang beroda dan anak-anak lain tidak bermain berhampiran dengan bayi di dalam buai.
  • Sunday, March 30, 2008

    Berapa Lama Untuk Saya Hamil?

    Memang sukar untuk meneka dengan tepat bilakah seseorang wanita itu akan hamil. Faktor-faktor seperti usia, kesihatan badan secara umum, kesihatan sistem peranakan dan kekerapan melakukan hubungan seks memberi pengaruh yang besar terhadap peluang untuk anda mengandung.

    Walaubagaimanapun, statistik umum dapat memberikan sedikit idea berapa lama wanita akan hamil dari tarikh ia mencuba untuk hamil. Umumnya, pasangan yang subur mempunyai 25% peluang untuk hamil setiap kitaran haid. 80% dari kebanyakkan pasangan akan hamil dalam masa satu tahun mencuba dan 10% lagi akan hamil pada tahun seterusnya.

    Cuma 10% wanita sahaja mengalami masalah untuk hamil selepas tahun ke 2 dan wanita inilah yang akan mengalami masalah ketidak-suburan. Tinggikan peluang anda untuk hamil dengan mengetahui masa subur dan dengan membiasakan diri dengan kitaran haid. Ia amat mudah sekiranya haid anda teratur.

    Sekiranya percubaan anda untuk hamil sudah melebihi tempoh dua tahun, berjumpalah dengan doktor untuk untuk mengetahui punca kesukaran anda untuk hamil.

    Hindar hamil tanpa rancang

    Menjurus kepada pengguguran haram yang mengancam nyawa

    DALAM kegelisahan dan kesukaran ramai pasangan menjalani pelbagai rawatan kesuburan bagi mendapatkan anak, ada ramai insan buntu fikiran bagaimana menangani kemelut hamil di luar ikatan perkahwinan dan kebuntuan ini mendorong mereka melakukan pengguguran haram yang boleh membahayakan nyawa.

    Lebih buruk, sesetengahnya terpaksa meneruskan kehamilan tetapi kemudian tergamak membuang anak baru lahir. Dalam laporan akhbar Julai lalu, di Lembah Klang saja secara purata 10 bayi dibuang setiap hari — kebanyakannya dilahir ibu remaja hasil hubungan terlarang.

    Dalam kajian Populasi dan Keluarga Malaysia pada 2004 mendapati, ramai remaja di negara ini tidak tahu mengenai organ reproduksi dan fungsinya. Walaupun hanya 2.4 peratus mengakui pernah melakukan hubungan seks, tetapi 20.7 peratus remaja mengakui tahu ada teman mereka mengadakan hubungan seks sebelum kahwin, 21.2 peratus tahu ada kawan mengandung anak luar nikah dan 10 peratus menggugurkan kandungan.

    Ini adalah senario menyedihkan yang berlaku akibat kehamilan tidak dirancang. Di seluruh dunia, hampir 210 juta kehamilan berlaku setiap tahun dan 38 peratus (79.8 juta) daripadanya tidak dirancang dan daripada jumlah ini 22 peratus (17.6 juta) berakhir dengan pengguguran.

    Apabila disebut pengguguran bayi, perlu diingat ia bukan hanya berlaku di kalangan wanita yang tidak bersuami, malah turut membabitkan wanita berkahwin, terutama apabila kehamilan tidak dialu-alukan atau kehendaki kedua-dua pihak.

    Jangan mulakan satu kehidupan lain jika tidak bersedia, kata Pengerusi Kesatuan Perancangan Keluarga Malaysia (FFPAM), Dr Kamaruzaman Ali. Sama ada menggugurkan kandungan atau membuang bayi, ia adalah jenayah yang sangat mengaibkan dan tidak berperi kemanusiaan.

    Banyak pendekatan boleh diambil bagi mengelak kehamilan tidak dirancang atau tidak dikehendaki dengan menggunakan kaedah perancangan keluarga, khususnya bagi pasangan muda.

    Soalnya, mengapa disasarkan kepada golongan muda? Berdasarkan statistik 2006, satu pertiga daripada 26 juta rakyat Malaysia adalah golongan muda berumur antara 10 hingga 24 tahun, dengan pecahan 2.7 juta (10 hingga 14 tahun), 2.9 juta (15 hingga 19 tahun) dan 2.4 juta (20 hingga 24 tahun).

    Ini bermakna dalam masa dua dekad (20 tahun) dari sekarang, negara kita bakal mempunyai populasi muda yang merangkumi hampir 47 peratus daripada jumlah keseluruhan penduduk. Melihat keadaan kini — remaja akil baligh lebih cepat, ramai mendapat pendidikan peringkat tinggi, lewat berkahwin, kekurangan maklumat dan pendidikan seks serta semakin ramai terdedah kepada hubungan seks sebelum kahwin — tiba masanya untuk memberi penekanan kepada golongan ini.

    “Walaupun kaedah perancangan keluarga diperkenalkan sejak berpuluh tahun dulu, masih ramai tidak tahu atau salah faham mengenainya. Kajian Perancangan Keluarga Kebangsaan pada 2004 mendapati, kira-kira 50 peratus saja pasangan berkahwin menggunakan kaedah perancangan keluarga bagi mengelak kehamilan tidak dirancang.

    “Sedihnya, penggunaan kaedah perancangan keluarga di Malaysia jauh lebih rendah berbanding negara lain di rantau Asean. Penduduk Malaysia kini tidak boleh lagi berselindung di sebalik nilai murni kehidupan kerana banyak bukti dan data menunjukkan bilangan individu dewasa yang aktif seks semakin meningkat. Ini kerana kehamilan tidak dirancang dan tidak dikehendaki semakin banyak berlaku di kalangan remaja,” katanya.

    Beliau berkata demikian pada pelancaran Hari Pencegahan Kehamilan Sedunia pertama baru-baru ini, yang diadakan serentak di 50 negara di Eropah, Amerika Tengah dan Latin serta Rantau Asia Pasifik dengan tema ‘Jalani Kehidupan Anda Sebelum Memulakan Kehidupan Lain’.

    Antara isu yang diutarakan ialah perancangan keluarga, kehamilan tidak dirancang dan mendidik wanita serta lelaki supaya menjadi ibu bapa apabila bersedia daripada segi masa, kewangan dan pengetahuan.

    Di Malaysia, program ini disasar kepada pasangan suami isteri muda dengan sokongan FFPAM, Body Contours Wellness Spa dan Fitness First Malaysia. Pada masa sama, ia bertujuan meningkatkan pengetahuan pasangan muda kaedah perancangan keluarga yang ada dan pendidikan, terutama mengenai sistem reproduktif dan kesihatan seksual.

    Persoalannya, adakah kaedah perancangan keluarga ini perlu diperluaskan ke semua golongan yang aktif seks tanpa mengira sama ada berkahwin atau tidak? Menurut Dr Kamaruzaman, ini adalah isu yang hangat diperdebatkan dan dibincangkan berkali-kali kerana ada yang bimbang ia disalahgunakan.

    Benar, katanya, justeru golongan muda perlu diberi pendidikan seks, khususnya sistem reproduktif dan kesihatan seksual. Semua orang, tidak kira latar belakang mereka, sebenarnya berhak mendapat pendidikan kesihatan seksual dan reproduktif supaya kaedah perancangan keluarga dapat dipraktikkan.

    Kajian menunjukkan pendekatan paling cepat untuk menyebarkan maklumat ialah melalui rakan sebaya kerana rakan mempunyai pengaruh besar dalam kehidupan seseorang, khidmat pesanan ringkas (SMS) dan e-mel.

    Bagaimanapun, katanya, program ini bukan bertujuan menghalang kehamilan, sebaliknya mendidik supaya ia berlaku pada masa sesuai apabila pasangan bersedia dan bukan secara ‘tidak sengaja’, melarang penggunaan kondom (program ini menggalakkan penggunaan kondom bagi mengelak jangkitan penyakit kelamin, terutama HIV/Aids) dan tidak menggalakkan golongan muda mengamalkan seks sebelum kahwin atau sebarang perlakuan yang menyalahi budaya dan agama.

    “Yang ditekankan ialah golongan muda perlu tahu, ada banyak kaedah perancangan keluarga di negara kita dalam usaha mengelak pengguguran haram dan pembuangan bayi akibat kehamilan tidak dikehendaki. Malah, Islam menggalakkan perancangan keluarga. Contohnya saranan menyusukan anak sehingga berumur dua tahun yang secara tidak langsung boleh menjadi antara kaedah perancangan keluarga,” katanya.

    Tradisional atau moden

    MANA satu pilihan anda — pil makanan tambahan yang disediakan mengikut kaedah moden atau produk kesihatan tradisional? Yang mana satu lebih bagus?

    Apakah garis panduan yang boleh diikut untuk memastikan pelaburan anda itu berbaloi dan paling penting, tidak memudaratkan kesihatan?

    Persoalan ini sukar dijawab. Sehingga kini tiada siapa boleh menentukan sama ada kesan produk kesihatan moden lebih baik daripada produk tradisional atau sebaliknya.

    Cuma bezanya, produk moden, terutama daripada syarikat farmaseutikal antarabangsa, dianggap lebih meyakinkan kerana produk mereka perlu menjalani beberapa ujian saringan yang ketat sebelum diberi kelulusan untuk dipasarkan di seluruh dunia.

    Bagaimanapun, ini bukan bermakna produk penjagaan kesihatan tradisional tidak bermutu kerana ada pengusaha serius membuat kajian untuk memastikan khasiat bahan herba dapat memberi kesan seperti didakwa.

    Pun begitu, masih banyak produk kesihatan tradisional tiada kajian saintifik untuk menyokong keberkesanan dan manfaatnya kepada pengguna.

    Di negara kita contohnya, berlambak jenama produk tradisional yang kadangkala tidak pernah didengar langsung.

    Sebelum membeli produk seperti ini, simpan sedikit rasa sangsi, terutama bagi barangan yang mendakwa boleh merawat beraneka jenis masalah kesihatan, bagi mengelak kejadian tidak diingini.

    Secara logiknya, kemampuan satu produk mengubat pelbagai masalah kesihatan adalah dakwaan yang sangat meragukan dan keterlaluan.

    Sedangkan Allah mencipta sumber makanan di dunia ini dengan sifat saling melengkapi. Tiada satu pun jenis makanan, sama ada daripada sumber tumbuh-tumbuhan atau haiwan, mampu membekalkan semua keperluan harian badan. Atas dasar ini, kita disaran mengambil makanan seimbang daripada pelbagai sumber.

    Namun, tidak dapat dinafikan produk penjagaan kesihatan tradisional ada kelebihan tersendiri. Perubatan tradisional merujuk kepada gabungan amalan kesihatan, pendekatan, pengetahuan dan kepercayaan menggunakan tumbuh-tumbuhan, haiwan atau garam galian untuk merawat, mengenal pasti dan mengelak penyakit atau mengekalkan kesejahteraan secara keseluruhan.

    Perubatan tradisional diguna secara meluas di seluruh dunia. Lebih 80 peratus penduduk dunia, terutama di Afrika, Asia dan Amerika Latin, menggunakan perubatan tradisional untuk menjaga kesihatan. Di China, 30 hingga 50 peratus pengambilan ubat di negara itu adalah ubat tradisional.

    Malah, lebih 50 peratus penduduk di negara maju seperti Eropah dan Amerika Utara menggunakan rawatan alternatif atau tradisional sekurang-kurangnya sekali sepanjang hayat. Manakala rakyat Amerika Syarikat membelanjakan RM64.6 bilion untuk produk tradisional. Pasaran antarabangsa produk kesihatan herba dianggarkan berjumlah RM235.6 bilion dan dijangka meningkat kepada RM19 trilion pada 2050.

    Bahkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) turut menggalakkan perkembangan dunia rawatan tradisional dengan memberi sokongan teknikal dan kemudahan.

    Di Tanzania contohnya, WHO dengan kerjasama China menyediakan ubat anti malaria yang dirumus daripada herba Cina, Artemisia annya yang terbukti berkesan merawat dan menghalang penyakit itu.

    Antara kaedah penjagaan kesihatan tradisional yang semakin mendapat perhatian masyarakat kita ialah ayurveda. Menurut prinsip ayurveda, masalah kesihatan disebabkan berlaku ketidakseimbangan dalam badan yang disebabkan:

    • Pemilihan makanan tidak seimbang
    • Tabiat tidak sihat
    • Tidak mengamalkan perkara yang boleh mengekalkan kesihatan
    • Ketidaknormalan yang berlaku sekali sekala
    • Senaman yang tidak tetap atau salah
    • Tiada keserasian antara minda dan badan

    Jika difikirkan, semua faktor di atas juga ada dalam konsep rawatan moden. Justeru, kita disuruh jaga makan, kerap bersenam dan belajar menangani tekanan. Konsep rawatan tradisional dan moden sebenarnya selaras kerana ia tidak hanya merawat penyakit, tetapi menekankan kesejahteraan secara keseluruhan membabitkan ubat, penjaga, pesakit dan perawat.

    Dalam rawatan ayurveda, pesakit diperiksa secara menyeluruh, termasuk aspek psikologi. Diagnosis penyakit merangkumi pemeriksaan fizikal, nadi, air kencing, najis, lidah dan mata, kulit, telinga serta fungsi deria rasa dan dengar.

    Biasanya rawatan ayurveda membabitkan pengambilan ubat, diet dan mengamalkan aktiviti tertentu mengikut masalah kesihatan yang dihadapi. Kaedah ini juga wujud dalam rawatan tradisional seperti Melayu dan Cina, cuma pendekatannya mungkin sedikit berbeza.

    Malah, dalam rawatan moden juga sama. Apabila mengambil ubat, beberapa peraturan mesti dipatuhi seperti waktu makan ubat (diambil sebelum atau selepas makan), makanan yang perlu dielak serta mesti bersenam.

    Tidak kira produk moden atau tradisional, yang penting ialah membuat kajian terlebih dulu. Usah dengar atau terpengaruh dengan cakap kawan kerana apa yang sesuai baginya mungkin memudaratkan kita, terutama bagi individu yang menghidap penyakit.

    Lebih baik berbincang dengan doktor sebelum mencuba produk. Setiap satu ada kelebihan dan kekurangan. Paling penting, cari produk yang mempunyai kredibiliti supaya pelaburan anda benar-benar berbaloi.

    Berhenti segera jika ada kesan sampingan yang tidak menyenangkan. Ingat, kesihatan kita tiada tukar gantinya.

    Kualiti sperma kekal

    MUNGKIN ada yang tersenyum membaca berita mengenai tindakan pelakon terkenal Hollywood, Jennifer Aniston membekukan telurnya (ovum) sebagai langkah kekalkan kesuburan bagi mendapat anak kelak.

    Mungkin ada pula yang terfikir ia kerja ‘gila’ orang yang terlalu banyak duit. Namun, apa yang dilakukan artis ini bukan kerja gila, sebaliknya ia boleh dianggap satu keperluan untuknya.

    Bahkan ia menjadi satu perkara penting untuk dipertimbangkan bagi individu yang disahkan menghidap kanser sebelum menjalani rawatan kemoterapi atau radiasi.

    Teknologi sejuk-beku sperma, telur atau embrio sudah lama ada di negara kita di beberapa hospital dan pusat kesuburan, tetapi ia jarang diperkatakan.

    Malah, di kalangan pakar perubatan, mungkin ada yang tidak tahu mengenai teknologi berguna ini untuk dicadangkan kepada pesakit.

    Biasanya, apabila disahkan menghidap kanser, kebanyakan orang tidak terfikir untuk menyelamatkan kesuburan terlebih dulu. Lebih penting ialah mahu sembuh dan meneruskan hidup sebaik mungkin.

    Namun, pakar perubatan harus mencadangkan kepada pesakit untuk menyimpan sperma atau telur bagi mengekalkan kesuburan dan meningkatkan peluang mempunyai anak selepas rawatan.

    Terpulang kepada pesakit untuk menimbangkannya, tetapi yang penting mereka perlu tahu wujudnya kaedah mengekalkan kesuburan dan harapan mengandung, terutama bagi pesakit wanita, masih ada.

    Sejarah teknologi sejuk-beku ini bermula pada 1953 apabila saintis berjaya menyimpan sperma dan ini diikuti penyimpanan embrio (telur yang bersenyawa dengan sperma) 30 tahun kemudian. Australia mencatat sejarah kehamilan pertama menggunakan telur sejuk-beku pada pada 1984.

    Kajian Pusat Sains Kesihatan Hamilton, Kanada membuktikan penyimpanan dan sejuk-beku sperma (juga dipanggil penyimpanan krio) adalah cara berkesan untuk mengekalkan kesuburan, terutama di kalangan remaja dan lelaki muda yang menghidap kanser.

    Menurut Ketua Embriologi Pusat Kesuburan Konsep, Hospital Perkhidmatan Damai, Yee Siew Yin, pembedahan, kemoterapi dan radiasi dikenal pasti menjadi antara punca ketidaksuburan sementara atau kekal dengan menjejaskan keupayaan untuk ereksi, ejakulasi atau penghasilan sperma.

    Laporan kajian terbaru disiarkan dalam jurnal Persatuan Kanser Amerika pada September tahun lalu menyatakan, walaupun sperma yang disejuk-beku mempunyai kualiti sebaik sperma ‘baru’, ia jarang dimanfaatkan untuk mengekalkan kesuburan pesakit kanser lelaki.

    Kajian Keberkesanan Penyimpanan Sperma Bagi Pesakit Kanser Remaja dan Dewasa Lelaki mendapati, hanya 18 peratus memilih untuk menyimpan sperma mereka sebelum menjalani rawatan kanser.

    Di negara kita, bilangan lelaki yang menyimpan sperma boleh dibilang dengan jari kerana ia dianggap perkara yang sangat baru, asing dan mungkin pelik untuk dilakukan.

    Persoalannya, mengapa pesakit kanser lelaki perlu menyimpan sperma sebelum rawatan? Bukankah secara semula jadi penghasilan sperma berlaku sepanjang hayat dan pasti mereka boleh menghasilkan sperma apabila sembuh kelak?

    Menurut Yee, memang betul penghasilan sperma berlaku sepanjang hayat, tetapi rawatan kanser, terutama kemoterapi dan radiasi, bukan saja boleh menjejaskan penghasilan sperma tetapi turut mempengaruhi jumlah, kualiti, bentuk menjadi tidak normal (sama ada mempunyai dua kepala atau dua ekor) serta daya pergerakan sperma.

    Malah dalam sesetengah kes, ada pesakit kanser tidak boleh menghasilkan sperma selepas tamat rawatan, walaupun air mani masih ada.

    Perlu diingat, ada air mani bukan bermakna ada sperma. Ada orang walaupun air maninya banyak, ia tidak mengandungi sperma!

    Pesakit yang menjalani rawatan yang mungkin boleh menjejaskan kesuburan dinasihatkan supaya mendapatkan analisis air mani dalam masa dua tahun selepas tamat sesi kemoterapi atau radiasi bagi mengetahui kesan jangka panjang rawatan.

    “Air mani yang mempunyai jumlah sperma lebih 20 juta dalam satu mililiter sesuai menjalani teknik permanian beradas (IUI) dan persenyawaan luar rahim (IVF).

    “Manakala jika bilangan sperma kurang daripada 15 juta per mililiter, dinasihatkan menjalani prosedur suntikan sperma intrasitoplasmik (ICSI) iaitu sperma disuntik ke dalam telur untuk disenyawakan.

    “Kajian menunjukkan 50 peratus pesakit kanser lelaki mengalami masalah kurang bilangan sperma selepas menjalani rawatan kemoterapi.

    “Jadi menyimpan sperma secara sejuk-beku antara cara yang boleh digunakan untuk mengekalkan kesuburan lelaki. Sperma yang disimpan mempunyai kualiti dan kesan sama seperti sebelum menjalani rawatan kanser,” katanya.

    Kaedah penyimpanan krio

    Sel sperma boleh musnah ketika proses nyah beku. Untuk mengelak perkara ini, bahan pelindung sel yang dibuat daripada kuning telur, gliserol dan larutan penimbal akan dicampurkan ke dalam air mani.

    “Dalam kaedah ini, sperma disimpan pada suhu di bawah —196° Celsius di dalam cecair nitrogen. Sebelum sperma boleh disejuk beku, kita jalankan ujian darah terlebih dulu sebagai saringan virus yang boleh berjangkit seperti HIV, hepatitis dan siflis.

    “Sperma lelaki yang ada penyakit berjangkit disimpan dalam tangki berbeza untuk mengelak kemungkinan berlaku jangkitan silang antara sperma A dengan sperma B, walaupun semuanya disimpan dalam bekas khas yang bertutup rapi. Maknanya, jika A menghidap hepatitis, spermanya disimpan sperma lelaki lain yang turut menghidap hepatitis,” katanya.

    Penasihat kesuburan akan memaklumkan penyimpan apa perlu dilakukan pada sampel sperma mereka yang dibekukan pada masa depan — sama ada hendak diderma, dimusnah atau terus disimpan.

    Atas faktor budaya dan agama, ramai memilih sperma mereka dimusnahkan jika berlaku sesuatu yang tidak diingini. Bagaimanapun, setiap prosedur yang hendak dilakukan perlu mendapat kebenaran penyimpan terlebih dulu.

    Beberapa peraturan perlu dipatuhi apabila pesakit kanser lelaki mahu menyimpan sperma mereka, iaitu:

    • Beritahu doktor mengenai hasrat anda untuk menyimpan sperma, terutama sebaik disahkan menghidap kanser; sebaik-baiknya tiga minggu sebelum rawatan dimulakan.
    • Perkara penting — tiada ejakulasi dalam masa sekurang-kurangnya dua hari (sebaik-baiknya antara tiga hingga lima hari) sebelum sampel sperma diambil. Maknanya dalam tempoh ini, jangan lakukan hubungan seks atau onani bagi membolehkan sampel sperma terbaik diambil.
    • Analisis sperma dilakukan terlebih dulu dan jika kualiti sperma kurang baik, penyimpan dinasihatkan menyimpan lebih daripada satu sampel bagi mempunyai sampel yang cukup apabila mahu digunakan. Jika didapati air mani tidak mengandungi sperma, proses seterusnya tidak perlu.
    • Selepas analisis, sperma ini dicampur dengan larutan pelindung bagi mengelak kerosakan sel apabila disejuk-beku. Setiap sampel dimasukkan dalam straw khas yang mempunyai kod warna dan dilabel dengan nombor siri sebelum disimpan dalam cecair nitrogen. Setiap batang straw mengandungi kira-kira 20 juta sperma bagi setiap mililiter.
    • Analisis sperma kedua dilakukan sejurus selepas sperma disejuk-beku bagi mengetahui kadar kejayaan hidup sperma. Biasanya lebih 50 peratus sperma masih dalam keadaan baik yang membolehkan ia terus disimpan.
    Dalam keadaan sejuk-beku, sperma menjadi tidak aktif dan kembali aktif semula apabila dinyahbeku. Jika kadar kejayaan hidup terlalu rendah, ia dimusnahkan dan pesakit perlu memberi sampel sperma baru.

    “Walaupun teknik ini sudah lama digunakan dan terbukti dapat mengekalkan kualiti sperma, tiada jaminan sperma akan hidup selepas dinyahbeku. Malah, kita juga tidak boleh menjamin sperma akan ‘subur’ atau berjaya bersenyawa jika digunakan dalam teknik IUI, IVF atau ICSI,” katanya.

    Penyimpanan telur dan embrio

    Penyimpanan telur adalah kaedah pengekalan kesuburan bagi wanita yang disahkan menghidap kanser, tetapi belum menjalani kemoterapi atau radiasi.

    Bagaimanapun, mereka mesti mendapatkan nasihat pakar onkologi terlebih dulu kerana pesakit perlu mengambil suntikan hormon kesuburan yang dikhuatiri boleh menggalakkan sesetengah jenis kanser merebak.

    Ini adalah pilihan bagi wanita yang tidak mahu menyimpan embrio (telur yang disenyawa). Kaedah ini juga sesuai bagi wanita yang mahukan anak pada masa depan atas pelbagai sebab, antaranya tiada pasangan, ada sejarah keluarga menopaus awal atau masalah kesihatan lain.

    “Kemoterapi atau radiasi menyebabkan pengeluaran telur (ovum) yang menghalang peluang untuk mengandung. Untuk mengekalkan kesuburan, mereka boleh menyimpan telur untuk kegunaan akan datang. Lebih muda usia telur yang disimpan, kejayaan untuk hamil lebih tinggi.

    “Contohnya jika telur disimpan ketika berumur 30 tahun, ia tetap akan ada pada umur itu walaupun digunakan lima atau enam tahun kemudian. Teknik ini membolehkan kita mengekalkan umur telur seperti ketika ia disimpan supaya kejayaan hamil lebih tinggi,” katanya.

    Menurut Yee, proses yang perlu dilalui wanita lebih rumit dan panjang. Kaedah penyimpanan telur sama seperti proses untuk IVF. Ia merangkumi suntikan hormon untuk menghentikan ovulasi diikuti lebih banyak suntikan hormon bagi merangsang ovari bagi mengeluar dan mematangkan beberapa telur.

    Apabila telur matang, hormon tambahan diberi dan telur dikeluar menggunakan jarum berpandukan ultra gelombang melalui faraj. Wanita akan diberi suntikan bius menyeluruh sebelum proses pengeluaran telur dilakukan dan telur terus disejuk-beku sebaik dikeluarkan.

    Antara proses yang perlu dijalani wanita ialah:
    • Ujian hormon dalam masa dua hingga enam hari ketika haid
    • Ujian ultra gelombang untuk rahim
    • Ujian saringan HIV, Hepatitis B dan penyakit jangkitan kelamin
    • Kaunseling dan pendidikan

    Kemudian wanita perlu menyuntik hormon kesuburan (dua suntikan sehari) selama 12 hari bermula pada hari kedua hingga ke-12.

    Biasanya, suntikan hormon berjaya membantu wanita mempunyai antara 10 hingga 15 telur untuk diambil pada hari ke-14.

    Bagi yang mahu menyimpan embrio, kerjasama suami diperlukan untuk memberi sampel sperma supaya proses persenyawaan boleh dilakukan. Telur dan embrio ini akan dilabel dan disimpan dalam bekas khas — satu telur atau embrio bagi setiap bekas.

    “Beberapa kehamilan yang berjaya dilaporkan menggunakan sperma dan embrio sejuk-beku, tetapi kadar kejayaan kehamilan menggunakan telur beku sangat rendah.

    “Penyimpanan telur lebih sukar kerana ia berisiko mengalami masalah kekurangan air sebaik ia disejuk-beku. Ini menyebabkan pembentukan kristal yang menurunkan kemampuan hidup telur berbanding sperma dan embrio.

    “Penuaan telur berlaku serentak dengan peningkatan umur wanita. Selepas umur 27 tahun kualiti telur mula merosot dan pada umur 42 tahun kejayaan untuk mengandung sangat rendah.

    “Ini sebabnya pakar menyarankan lebih baik telur disimpan ketika wanita masih muda. Kajian menunjukkan telur, sperma atau embrio boleh disimpan selama mana dikehendaki,” katanya.

    Seperkara penting yang perlu diketahui, penyimpanan sejuk-beku ini hanya untuk kehamilan dibantu melalui teknik IUI, IVF atau ICSI saja dan bukan kehamilan semula jadi.

    Masalah kerap berlaku jika pesakit masih muda, terutama remaja atau awal dewasa, kerana mereka tidak faham atau boleh melihat kemungkinan masa depan.

    Ini sebabnya kita perlu sentiasa beringat dan bijak menabung. Tiada siapa tahu apa bakal berlaku pada masa depan, terutama apabila membabitkan kesihatan yang semakin mahal kosnya.

    Kos penyimpanan sejuk-beku ini berbeza mengikut jenis dan institusi yang mengendalikannya. Pada umumnya kos penyimpanan sperma sungguh murah iaitu kira-kira RM350 setahun diikuti RM250 bagi tahun berikutnya.

    Harga untuk menyimpan telur ialah antara RM6,000 hingga RM8,000 (termasuk kos rawatan hormon) dengan yuran simpanan RM500 setahun.

    Manakala kos simpanan embrio pula dalam lingkungan RM11,500 hingga RM15,000 (untuk prosedur IVF) dengan yuran tahunan sebanyak RM500.

    “Teknologi ini memberi harapan baru kepada pesakit kanser, terutama yang masih muda dan tiada anak. Kanser bukan penamat hidup, tetapi ini adalah cabaran untuk meneruskan hidup dengan lebih baik.

    “Peluang mempunyai anak dengan bantuan teknologi hari ini boleh menguatkan semangat pesakit dan meningkatkan kemampuan badan melawan penyakit,” katanya.

    Sumber:
    Harian Metro