APABILA anak gagal mencapai kecemerlangan di sekolah atau tidak pandai berinteraksi sesama rakannya, itu menandakan anak anda menghadapi masalah tingkah laku hiperaktif.
Kerap kali kanak-kanak yang hiperaktif dianggap nakal atau jahat.
Walaupun kanak-kanak ada kalanya menunjukkan tingkah laku terlalu aktif atau lasak, ibu bapa harus berhati-hati agar tidak tersilap membuat andaian dan menganggap anak mereka hiperaktif.
Semangat berkobar-kobar, bertindak mengikut gerak hati dan suka bergurau dianggap normal kepada anak yang sedemikian. Tetapi semuanya bergantung kepada usia dan tahap pertumbuhan mereka.
Masalah hiperaktif sering dikaitkan dengan segolongan anak yang di luar kawalan dan tingkah lakunya mengatasi usia. Fenomena ini dihadapi di mana-mana saja.
Hakikatnya, ia masalah kesihatan mental yang paling kerap berlaku di kalangan kanak-kanak. Bagaimanapun, ia boleh dikawal ibu bapa.
Mereka semakin kurang lasak apabila usia mereka meningkat 8 tahun. Tetapi yang menyulitkan ibu bapa ialah apabila keadaan lasak ini menjadi tidak terkawal.
Tanda Hiperaktif Kanak-kanak hiperaktif menunjukkan tingkah laku yang terdapat dalam tiga kategori utama yang sering berlaku dalam beberapa persekitaran seperti di rumah dan sekolah.
Hiperaktiviti Kerap menggerak tangan atau kaki atau menggelianggeliut di tempat duduk Selalu meninggalkan tempat duduk ketika di kelas.
Selalu berlari ke sana ke mari atau suka memanjat dan pada kebanyakan masa kelihatan kekok.
Kerap menghadapi masalah untuk bermain atau melakukan aktiviti riadah secara senyap.
Selalu banyak bercakap.
Sering bergerak cergas atau kerap bertindak seolaholah digerakkan oleh motor.
Tempoh tumpuan yang singkat Sering gagal memberi tumpuan yang teliti kepada butir-butir terperinci atau cuai serta membuat kesilapan semasa membuat kerja sekolah atau aktiviti lain Selalu tidak mematuhi arahan dan gagal menyiapkan kerja sekolah, kerja harian atau tugas Kerap mengalami masalah untuk mengatur tugas dan aktiviti Kerap mengelak, tidak suka atau keberatan hendak melakukan sesuatu tugas yang memerlukan tumpuan yang lama (seperti kerja sekolah atau kerja rumah) Selalu kehilangan barang (misalnya pensel, pemadam, buku atau tugasan sekolah, mainan dan sebagainya) Tingkah laku impulsif Selalu memberi jawapan sebelum soalan lengkap diajukan Kurang sabar dan hadapi masalah ketika menunggu giliran Masalah keluarga Kanak-kanak ini kerap menimbulkan masalah kepada mereka yang tinggal serumah dengan mereka atau mereka yang berinteraksi dengannya sehingga menimbulkan keadaan tegang. Ibu bapa sering menyalahkan diri kerana tingkah laku anak-anak mereka.
Beban rasa bersalah ini boleh menjadi ringan jika ibu bapa memahami keadaan sebenar yang dialami anak mereka.
Apakah yang boleh disalah tafsir sebagai hiperaktif? Pencapaian akademik rendah yang disebabkan masalah pembelajaran yang lain.
Kurang daya tumpuan kerana epilepsi atau sawan jenis ‘petit mal’.
Punca Hiperaktif Tiada siapa tahu apakah punca hiperaktif. Punca hiperaktif tidak dapat dikenal pasti dengan tepat kerana terdapat terlalu banyak kemungkinan.
Yang pasti hiperaktif bukan disebabkan perkara berikut: -menonton tv -alah pada makanan -gula yang berlebihan Diagnosis dan rawatan hiperaktif Membuat diagnosis yang lengkap memerlukan penilaian daripada seorang pakar yang berpengalaman kerana ada beberapa punca lain menyebabkan keresahan dan tingkah laku yang tidak dapat menumpukan perhatian.
Tiada ujian mudah untuk mengenal pasti hiperaktif.
Diagnosis dibuat dengan mengenal pasti corak atau tingkah laku kanak-kanak serta pemerhatian dan mendapatkan laporan tingkah laku mereka di rumah dan di sekolah daripada ibu bapa dan guru.
Kerap kali rawatan berkesan untuk hiperaktif membabitkan pendekatan multidisiplin dalam bidang perubatan, psikologi, sosial dan pendidikan. Kebanyakan kanak-kanak yang mengalami hiperaktif memerlukan rawatan.
Ubat stimulasi turut digunakan untuk merawat hiperaktif tetapi tidak bermakna akan pulih sepenuhnya dan hanya membantu menjadi tenang dan mengelak bertindak mengikut gerak hati.

No comments:
Post a Comment