Saturday, March 29, 2008

Keluarga & Kerjaya - 3

'Modal Insan Pembangunan WPI Kena Seimbang'

JOHOR BAHRU: Johor akan memastikan isu berkaitan pembangunan modal insan berada pada landasan betul supaya ia seimbang dengan pembangunan fizikal Wilayah Pembangunan Iskandar (WPI) yang sedang rancak dilaksanakan di negeri ini.

Setiausaha Kerajaan Negeri Johor, Datuk Abdul Latiff Yusof, berkata pembangunan fizikal lebih mudah dilaksanakan berbanding pembangunan insan kerana menghasilkan insan berguna memerlukan wang ringgit, ilmu dan maklumat tepat serta mengambil masa lama untuk menunjukkan kesannya.

Katanya, pasangan ibu bapa yang bekerja perlu menyiapkan diri dengan ilmu dan kemahiran dalam mengimbangi kerjaya dan keluarga kerana mereka akan berdepan dengan pelbagai cabaran dalam memenuhi tuntutan kedua-dua aspek itu.

“Cabaran yang dihadapi keluarga adalah perubahan nilai, struktur keluarga, tekanan dan tanggungjawab yang semakin kompleks dalam keluarga nuklear yang tidak mendapat sokongan keluarga lebih luas atau masyarakat setempat," katanya.

Beliau berkata demikian dalam teks ucapannya yang dibacakan Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Pembangunan Keluarga Johor, Muji Salimon di majlis pelancaran Program Keluarga@Kerja peringkat Johor di sini, semalam.

Hadir sama, Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), Dr Anjli Doshi Gandhi dan Pemangku Pengarah LPPKN Johor, Zakiah Md Noh.

Sehubungan itu, Abdul Latiff berkata, program Keluarga@Kerja itu dapat memberi kemahiran dan pengetahuan keibubapaan serta panduan gaya ibu bapa menghadapi cabaran keluarga di setiap kitaran hidup berkeluarga menerusi pelbagai topik dalam modul kursus yang disediakan.

Katanya, kerajaan negeri melihat pelaksanaan program itu selaras dengan saranan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi supaya keutamaan diberikan kepada peningkatan pembangunan sumber manusia.

Program anjuran LPPKN yang dilancarkan pada Mac lalu bertujuan menangani isu kekeluargaan, di mana faktor pekerja, keluarga dan individu adalah antara punca konflik dalam rumah tangga selain berfungsi memberi pendedahan berkaitan kemahiran keibubapaan di kalangan ibu bapa khususnya dalam membantu mereka mengimbangi keluarga dan kerjaya.

Ia dilaksanakan melalui Modul Latihan Parenting@Work dengan antara komponen/ Unit dalam modul itu ialah Kenali Fitrah, Satu Badan Banyak Topi, Keibubapaan Kreatif, Keibuan & Kebapaan dan Pengurusan Stress/Tekanan.

Sebagai projek perintis dalam tahun pertama ini, LPPKN akan bergerak ke kementerian dan jabatan kerajaan dan diperluaskan ke peringkat daerah, sektor swasta dan komuniti selepas LPPKN meneliti dan menghalusi kelebihan serta kekurangan program.

Sumber Maklumat: Berita Harian (14 Disember 2007)

No comments: