Membina keluarga sakinah, mawaddah
KEMELUT sosial yang melanda masyarakat kini begitu meruncing dan membimbangkan. Impaknya terhadap ketenteraman awam kian terasa. Keharmonian hidup masyarakat diganggu oleh kes sosial yang memalu dan memeranjatkan. Beberapa dekad lalu, kes pencabulan muhram atau 'haruan makan anak' suatu yang jarang berlaku. Kini kes begitu semakin bertambah. Dulu pembuangan bayi satu perbuatan yang dipandang jijik. Kini ia sukar dikawal. Begitu juga dengan isu perlakuan seks bebas, Aids, dadah, bohsia dan penderaan yang semakin hari terus bertambah. Senario ini memerlukan penelitian dan muhasabah segera. MUHAMAD RAZAK IDRIS dari Universiti Islam Antarabangsa (UIA) berpendapat pendekatan keluarga sakinah boleh membantu. Ikuti pandangannya.
ANTARA punca kemelut sosial ialah runtuhnya institusi keluarga dalam masyarakat. Sebagai satu instrumen terpenting dalam struktur sosial negara, institusi keluarga memiliki fungsi yang penting itu terutama dalam mendidik, mengasuh dan membimbing generasi penerus kesinambungan negara. Dalam kaitan ini, bagi memastikan kembali negara berada pada landasan sebenar perkembangan dan kesinambungannya, institusi keluarga perlu segera dimantapkan agar seimbang dan bersepadu pada masa depan.
Cabaran paling hebat dalam menjayakan cita-cita ini seterusnya membanteras kemelut sosial dalam negara ialah tanggungjawab membina keluarga sakinah.
Perkara ini pernah disyorkan oleh Prof Madya Dr Muhamad Nur Manuty, Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) ketika menyampaikan ucapan dasar tahunan ke-25 pada 17 Ogos 1996 lalu yang bertemakan 'Gerakan Islam dan Transformasi Sosial: Menuju Alaf Baru'.
Menurut beliau pembinaan keluarga Muslim sakinah adalah satu mata rantai kehidupan penting dalam tamadun manusia. Dengan perkembangan sosial yang begitu menghambat, pembinaan keluarga Muslim dengan berpaksikan prinsip mawaddah warahmah dan sakinah sewajarnya menjadi agenda utama umat Melayu Muslim dewasa ini.
Dalam kaitan ini, bagi membina keluarga sakinah, beliau mengesyorkan masyarakat memahami secara mendalam konsep keluarga Islam dan kaitannya dengan transformasi sosial.
Beliau berkata, antara kewajipan utama dalam pembinaan rumah tangga ialah mendidik anak menurut acuan Islam.
Anak adalah suatu amanah. Seandainya ibu bapa dapat memberikan keutamaan mendidik anak dengan sempurna, umat Melayu Muslim tidak lagi gugup untuk menghadapi apa juga perubahan dan cabaran.
Keluarga sakinah ialah keluarga yang tenang, damai dan harmoni. Kasih sayang dan kemesraan menjadi ikatan dan jalinan penghubung antara ahli keluarga.
Tanggungjawab menjadi ciri utama ahli keluarga. Hirarki keluarga dihormati dan ditaati. Semua pihak memahami fungsi dan tugas bagi memastikan kebangunan keluarga dalam situasi yang sentiasa cemerlang. Tolak ansur dan muafakat menjadi pengerat rasa kekitaan. Bapa sebagai pengemudi bahtera keluarga berfungsi memberi inspirasi dan pedoman.
Ibu selaku pengawas menjaga kepentingan dan kebajikan ahli keluarga. Anak selaku kelasi mengerti hasrat dan cita keluarga dan memahami tanggungjawab meningkatkan kualiti hidup dan nama baik keluarga. Nafkah terjaga.
Prasarana sempurna. Sinar kerohanian menjadi payung pengikat kemesraan dan ketenangan keluarga.
Membina keluarga sakinah adalah cabaran paling getir terutama kepada ibu bapa. Ibu bapa sebagai mas'ul - orang diberi amanah memimpin institusi keluarga perlu menghayati tugas dan fungsi mereka.
Asas utama ke arah penghayatan ini adalah keperluan untuk membetulkan fikrah dan kefahaman mengenai makna dan kepentingan keluarga di sisi agama Islam.
Hal ini terbit daripada pemahaman asas terhadap keperluan kepada perkahwinan itu sendiri. Dalam kaitan ini, perkahwinan dalam Islam bukan sekadar sebagai suatu acara rasmi bagi lelaki dan wanita melepaskan hawa nafsu. Suami dan isteri akan disusuli dan diamanahkan tanggungjawab bagi memimpin keluarga yang diasaskan melalui ikatan perkahwinan itu agar menjadi institusi yang mantap dan berkesan ke arah kecemerlangan masyarakat dan umat.
Suami dan isteri akan diberi amanah untuk menjaga dan mengasuh zuriat yang bakal dilahirkan agar terus bertekad dengan akidah dan ajaran agama.
Pendidikan keluarga dan anak menjadi tanggungjawab ibu bapa agar budaya dan pergaulan harian keluarga berada pada landasan ketaatan dan kepatuhan kepada Allah dan Rasul.
Ibu bapa berfungsi menghalang sebarang anasir dan unsur yang cuba untuk mempengaruhi pemikiran dan budaya hidup anak dan keluarga dengan bimbingan al-Quran dan al-Sunnah.
Kefahaman terhadap tugas ibu bapa ini memerlukan proses pendidikan dan tarbiah yang berterusan. Ia juga menuntut perubahan sikap dan pemikiran ibu bapa sendiri untuk melakukan ikhtiar sendiri dalam usaha memahami dan menghayati tanggungjawab besar yang sedang mereka pikul. Proses ini menuntut sikap cuba mengetahui sama ada melalu siri penerangan, kursus, badan agama dan agensi dakwah atau melalui pembacaan risalah dan buku berkaitan.
Kes sosial yang terjadi dalam masyarakat banyak disebabkan fungsi dan tanggungjawab ibu bapa terhadap tugas sebenar mereka.
Tambahan pula tugas mengasuh dan mendidik anak dalam dunia moden masa kini memerlukan ketabahan dan kreativiti tersendiri.
Cabaran maklumat yang berkembang tanpa had membentuk pemikiran dan budaya hidup baru anak yang tentunya berbeza dengan kaedah dan cara pemikiran serta budaya hidup ibu bapa yang terdidik dalam jarak sedekad atau dekad jurang perbezaannya.
Ibu bapa masa kini perlu lebih kreatif dalam pendekatan mendidik dan mengasuh dengan terus mengekalkan ketegasan terhadap gejala negatif yang mengancam. Asas keagamaan perlu disemai dan dipupuk dengan tekun dan konsisten. Ibu bapa perlu berfungsi sebagai kaunselor dengan cuba melayan dan memahami kerenah dan permasalahan anak dan berusaha menyelesaikan secara muafakat.
Anak memerlukan suasana dan budaya hidup keluarga yang mampu merangsang perkembangan minda dan emosi dalam proses tumbesaran mereka.
Ibu bapa bertanggungjawab langsung dalam mewujudkan suasana ini. Semangat kekeluargaan yang harmoni dan tenang akan memupuk rasa kasih dan cinta terhadap keluarga di kalangan anak.
Semangat ini adalah benteng kepada anak daripada bersikap kurang baik dan terbabit dengan gejala negatif.
Cabaran lain yang harus dihadapi oleh ibu bapa ialah keseimbangan perhatian antara keluarga dan kerjaya.
Apabila suami dan isteri mempunyai kerjaya tersendiri, anak akan menanggung beban berat terutama dari segi belaian perhatian dan kasih sayang.
Dalam hal ini, ibu bapa perlu sentiasa berbincang dan bertolak ansur dalam membahagi masa agar anak tidak terasa terbiar dan terasing. Perkara ini terlalu penting memandangkan, pembabitan remaja dalam gejala negatif disebabkan kekosongan emosi akibat pengabaian kasih sayang daripada ibu bapa.
Dalam situasi ini, suami perlu lebih proaktif dan bertimbang rasa dan perlu menganggap tugas memberi kasih sayang dan belaian kemesraan kepada anak adalah bersama dan bukan hanya tanggungjawab isteri.
Namun, usaha membina keluarga sakinah ini tidak harus dibebankan kepada ibu bapa saja. Fungsi sekolah terlalu penting memandangkan hampir 40-50 peratus dari masa anak dihabiskan di sekolah.
Dalam hal ini, guru perlu berfungsi lebih daripada sebagai seorang pengajar ilmu. Mereka adalah pendidik dan murabi yang mampu memberi model dan teladan baik kepada pelajar. Guru perlu berfungsi sebagai ibu bapa kepada pelajar bagi mengisi kekosongan jiwa dan ketandusan perasaan terutama kepada pelajar yang kedua ibu bapa mempunyai kerjaya.
Sekolah juga perlu memastikan kurikulum pengajian mampu membangun generasi pelajar yang tinggi akal budi dan pekerti dan berusaha memupuk adab yang mulia terutama mewujudkan semangat kasih dan cintakan keluarga masing-masing.
Dukungan pihak sekolah mampu menjadi benteng kepada anak berfungsi dalam mewujudkan keluarga sakinah seterusnya mempertahankan diri daripada cabaran sekitar yang mencabar.
Agensi dakwah dan badan agama serta sosial perlu aktif menyediakan modul latihan dan bimbingan ke arah memupuk sikap masyarakat terutama ibu bapa dan remaja agar berusaha membina keluarga sakinah. Dalam kaitan ini, institusi masjid perlu digerakkan secara lebih aktif dalam menyediakan pakej latihan dan bimbingan yang berkesan terhadap seluruh anak mukim.
Hal ini memerlukan semangat kerjasama erat daripada kalangan petugas masjid, profesional dan penggerak masyarakat.
Masjid perlu dijadikan pusat bagi pembangunan dan perkembangan keluarga sakinah.
Kerajaan wajar lebih bertegas terhadap kemasukan budaya asing yang cuba mempengaruhi identiti masyarakat.
Budaya negatif yang berkembang jika tidak dikawal akan memberi kesan kepada pembinaan keluarga sakinah. Budaya ini sekiranya tidak diawasi akan memupuk generasi yang tidak mementingkan adab dan tidak menghormati ibu bapa dan keluarga.
Dalam hal ini, media massa pula wajar lebih bertanggungjawab terhadap tugas sosial yang perlu dipikul kerana penyebaran budaya negatif berpunca dari sebaran media yang tidak ada batasan terutama terhadap unsur seks, ganas dan tahyul.
Pembinaan keluarga sakinah perlu menjadi agenda utama dalam usaha kita untuk membendung gejala sosial masyarakat kita.
Institusi keluarga yang mantap adalah wadah berkesan dalam membentuk generasi pewaris negara yang tinggi nilai budi dan akhlak.
Generasi yang berpegang teguh dengan ajaran dan nilai keagamaan serta mencintai budaya dan tradisi tempatan yang murni seterusnya bertindak menolak segala unsur yang berusaha melemahkan jati diri dan identiti dirinya.
Keluarga sakinah adalah peneraju pembentukan masyarakat harmoni dan bertamadun.

Sumber:
Berita Harian
No comments:
Post a Comment